Translate

01/04/2016

Panas: ‘Mamu Penang’ Jemput Raja Bomoh Buat Ritual Hantu Depan Rumah Guan Eng

KUALA LUMPUR – Persatuan Mukabuku Pulau Pinang dilaporkan akan menjemput individu yang mengelar dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin untuk mengadakan ‘ritual khas’ di hadapan banglo mewah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausahanya, Muhsin Latheef melalui satu klip video yang dimuatnaik di laman Facebook berkata pihaknya telah menghubungi Ibrahim untuk mengadakan ritual khas itu bagi membuang semua hantu dan ‘sial’ yang ada di rumah tersebut.

“Mamu sudah call Datuk Seri Panglima Ibrahim Mat Zin, sebab mahu kasi clear semua ‘feng shui’ hari Jumaat ini.


“Jadi hari Jumaat (esok) selepas solat Jumaat ini Raja Bomoh akan mai rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn” katanya memetik kenyataan di dalam klip video tersebut.

Muhsin yang mengelarkan dirinya sebagai Mamu Penang turut mendakwa semua kos untuk mengadakan ‘ritual khas’ tersebur akan ditanggung oleh pihaknya.

Terdahulu Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim mendakwa harga pembelian banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng murah disebabkan ‘feng shui’ yang teruk.

Teresa ketika berucap di Majlis Gerakan Selamatkan Malaysia sebelum ini berkata atas sebab itu pemilik asal banglo tersebut memutuskan untuk menjualkannya kepada Guan Eng.

Isu penjualan hartanah dengan keluasan lebih 10,000 kaki persegi itu menjadi kontroversi selepas selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mendedahkan banglo tersebut dijual lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Ia lebih hangat diperkatakan umum apabila pemilik asal banglo mewah itu dilaporkan mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...