Rumah Guan Eng Murah Sebab ‘Feng Shui’ – Teresa Kok
SHAH ALAM – Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim
mendakwa harga pembelian banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng murah disebabkan
‘feng shui’ yang teruk.
Teresa ketika berucap di Majlis Gerakan
Selamatkan Malaysia sebentar tadi berkata atas sebab itu pemilik asal
banglo tersebut memutuskan untuk menjualkannya kepada Guan Eng.
“Sebenarnya harga rumah (Guan Eng) tersebut lebih
murah dari harga pasaran disebabkan Miss Phang rasa bangga dapat jual pada
Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Sebab pada dia feng shui rumah tersebut tidak
bagus sejak Guan Eng masuk kerana banyak tunjuk perasaan malah pengkebumian
Guan Eng diadakan di luar rumah tersebut” katanya.