Translate

28/03/2016

‘Allah Turunkan 2 Ekor Anjing Ini Untuk Jaga Kami’

KUALA LUMPUR – Tidak tahan dengan pertanyaan yang bertali arus daripada rakan-rakannya, seorang pendaki akhirnya mengambil keputusan untuk berkongsi kisah dua ekor anjing yang menjadi teman dan pengawal sepanjang ekspedisi mereka ke Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Menurut pendaki yang dikenal sebagai Firdaus Hisham, anjing liar yang diberi nama Johnny dan Tonny itu ditemui ketika kumpulan mereka hendak memulakan pendakian ke gunung tersebut.

“Pada mulanya kami agak takut mereka menggigit kami atau menjilat kaki kami, sebab nanti kena samak bagai. Tapi anjing tersebut tetap mengekori walaupun kami berpecah kepada dua kumpulan Johnny akan berada di depan dan Tonny di belakang.


“Sepanjang perjalanan mereka menjaga kami, bila ungka atau monyet menjerit-jerit di dalam hutan Johnny akan menjerit dan ungka-ungka terus terdiam” katanya memetik status tersebut.

Paling menghairankan apabila dua ekor anjing tersebut dikatakan menyalak kepada objek yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Adakalanya Tonny secara tiba-tiba akan menyalak ke arah benda yang tak nampak (makhluk halus), lebih-lebih lagi selepas melalui jalan yang ada haruman yang sangat wangi.

“Dan bila kami hampir digigit anjing hutan liar, Tonny akan menyalak dan anjing-anjing hutan tak berani mendekati kami (tapi) kami memang tak pernah sentuh Johnny dan Tonny,” tulisnya lagi.

Menurut Firdaus lagi, mereka turut memberikan makanan kepada dua ekor anjing tersebut sebagai menghargai jasa dan khidmat yang diberikan.

“Cuma kami memberi mereka makan sebagai tanda terima kasih kerana menjaga kami, mungkin mereka penjaga di situ.

“Alhamdulillah Allah turunkan kedua anjing ini untuk kami. Kalau tidak tak tahulah apa jadi pada kami” kata menghakhiri tulisan tersebut.

Paling menarik tinjauan SuaraTV mendapati coretan ringkas Firdaus itu menerima 1,847 like dan 270 komen serta mendapat pujian dari pengguna Facebook.

“Anjing ni baik bro…ciptaan tuhan …dimata kita memang anjing ini kotor dan bahaya dan macam-macam lagi. Tapi sebalinya hanya Dia (Tuhan) yang mengetahui semuaNya (hikmah),” ujar Syahrul Syazlan

“Alhamdulillah bantuan dan perlindungan daripada Allah,” tulis Siti Kamariah pula.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...