KUALA LUMPUR – Pengasas Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard
menyifatkan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin
Abu Hassan sebagai ‘Hero Mahathir’ yang menghuru harakan keluarga Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga seorang penipu.
Dalam kenyataan Chegubard menerusi Facebooknya
berkata, pengakuan Khairuddin yang mendakwa diminta oleh Anwar bagi memulihkan
hubungannya dengan Tun Mahathir merupakan satu penipuan.
Malah, Khairuddin juga didakwa adalah orang yang
bertanggungjawab memenjarakan Anwar sebelum ini.
“Mamat khairuddin ni tiba – tiba mengaku sepupu
Anwar Ibrahim, bawa cerita tipu yang konon Anwar minta dia terlibat pulih
hubungan keluarga Anwar dengan Mahathir.
“Ni nak bagitahu, mamat ni yang konon sepupu ni lah
yang jadi ‘penerbit’ buku 50 dalil yang jadi bahan fitnah hampir hancurkan
keluarga Anwar dan menghuru harakan negara. Berapalah mamat ni dapat untuk
peranan dia. Dia nilah yang kelihatan seolah urus semua saksi – saksi pendakwa
(jahat) ke mahkamah dalam kes fitnah 1 dulu… malah operasi psywar fitnah dan
aibkan Anwar ketika itu dia banyak terlibat,”katanya.
Chegubard turut mendakwa, Khairuddin
juga dikenali sebagai kaki pusing dan ‘black mail’.
“Baru ni dia bankrap sebab meniaga “buluh kasap,
dapat hujung pangkal lesap”… bini artis maka hidup kena macam hero filem
hollywood mewah… bila bankrap nak guna title jawatan dalam UMNO dapat bantuan,
malangnya Najib tak pedulikan dia maka dia bijak hidu peluang pergi ke Mahathir
jadi hero.
“Mahkamah istihar dia muflis tapi siapa bayar
hutang bank dia yang banyak tu tiba-tiba dapat balik pasport untuk ke luar
negara ? Muflis tapi berjalan mewah keliling dunia hanya kerana jadi hero
Mahathir malah dia sekarang bawa kereta mewah Mahathir ke hulu ke
hilir,”katanya.
Tambahnya lagi, Khairuddin sekali lagi didakwa
muncul mengganggu keluarga Anwar dengan membawa cerita dongeng kononya Anwar
perlukan Mahathir.
“Pakar belit seperti inilah yang pembangkang boleh
angkat sbg antara hero perubahan ? Ni nak bagitahu hang jangan perasan
(Khairuddin) dan jangan ada yang tertipu. Wan Azizah dan Nurul Izzah tak akan
hadir program bersama Mahathir dan harap semua faham isyarat itu. Mahathir
hanya gunakan keadaan ini untuk kehendaknya ditunaikan, lepas itu dia akan
pijak pembangkang semula,”akhirinya.
Terdahulu, Chegubard mendakwa dua hari lalu, sebuah
laman blog mendedahkan Khairuddin telah membuat satu pertemuan dengan seorang
lelaki warga asing di Hotel Eastin, PJ.
Menurut sumber tersebut, gerak geri lelaki dan
Khairuddin amat pelik seperti tidak memandang ketika bercakap.
Timbul persoalan siapa lelaki tersebut dan adakah
berlaku ‘hulur envelope’ dalam pertemuan tersebut. Keesokannya, selepas
perjumpaan Khairuddin membuat kenyataan dihalang imegresen ke luar negara dan
dikatakan sudah ada jet mewah pun sudah menunggu sedia Khairuddin di Subang.