PETALING
JAYA: Sekumpulan belia melibatkan pemimpin pelajar dan aktivis daripada
pelbagai latar belakang politik dengan lantang menyuarakan hasrat supaya Datuk
Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Gesaan itu disampaikan melalui kenyataan media yang ditandatangani oleh 25 generasi muda negara yang diketuai Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Rabu.
Menurut Syed Saddiq, sebahagian daripada anggota kumpulan itu yang dahulunya adalah penyokong tegar Najib kini mula mengubah haluan selepas pemimpin berkenaan terpalit dengan pelbagai krisis, termasuk skandal 1Malaysia Development Berhada (1MDB).