Translate

29/02/2016

Undang-Undang Menyekat Telah Digubal Pada Zaman Mahathir Lagi

Mahathir tidak perlu melatah dengan keputusan kerajaan menyekat akses ke laman The Malaysian Insider sebab undang-undang yang digunakan untuk menyekat laman web tersebut telah digubal pada tahun 1998 - ketika Mahathir masih Perdana Menteri.

Entah kenapa ia kurang dikuatkuasakan sebelum ini, sehingga bila kena pada TMI, nampak macam isu yang besar sangat.

Itu bagaimanapun masih kurang. Tak berapa lama sebelum ini Mahathir pernah kata akan sekat Internet kalau dia ada peluang jadi Perdana Menteri sekali lagi. Jadi kita hairan bagaimana Mahathir kata sekat TMI maksud negara jadi macam Korea Utara, yang dia nak sekat Internet, tak jadi apa-apa?

Sama ada nyanyuk atau sudah gila.

27/02/2016

Padah Akibat Pakai Seluar Terlalu Ketat Di Tempat Awam, Lihat Apa Yang Berlaku Amat Memalukan!!

Tidak disangkal menyukai gaya sesuai mode terkini dan digilai banyak, lebih-lebih lagi remaja. Mereka sering mengganti penampilan sesuai zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar 'skinny' dan mengikuti mode yang disukai wanita itu.

Lihat video di sini 

Apa yang paling menarik adalah seluar 'skinny' itu terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih popularitas dalam kalangan remaja Malaysia. Pemakaian selaur jenis ini sebenarnya bertujuan untuk terlihat lebih bergaya, namun ada remaja memakainya untuk terlihat lebih kurus dari ukuran tubuh sebenarnya. Biasanya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki tampak kecil dan elok dipandang.

Banyak remaja menghadapi berbagai kesulitan ketika memakai celana yang terlalu ketat itu. Ada yang sampai melompat-lompat karena ukuran pinggang terlalu kecil. Meskipun begitu, ada saja yang terobsesi sehingga tidak memikirkan dampak buruk.

Faktanya, pakaian diciptakan bukan untuk memberikan bentuk atau ukuran tubuh yang kita tidak miliki dan di situlah remaja menghadapi masalah. Banyak masalah kesehatan timbul akibat dari pemakaian seluar yang terlalu ketat itu.

Masalah kesihatan

Berdasarkan penelitian dari ahli bedah vaskular Dr Nicholas Morissey, pemakaian seluar 'skinny' yang ketat dapat membuat kaki Anda rasa kebas pada paha atau lebih dikenal sebagai 'meralgia paresthetica'.
Menurut Morissey, ada saraf sensorik datang dari pelvis yang bertindak memberikan sensasi ke bagian paha Anda.

Remaja yang memakai seluar 'skinny' yang ketat namun merasa kebas akibat dari pengecilan saraf pada paha itu. Ketika duduk, paha akan mengalami tekanan tinggi dan ketika berdiri, Anda tidak akan dapat rasakan gerakan kaki. Menurut Morissey, kondisi ini tidak berbahaya namun ketika ia kerap berulang, maka ia dapat menyebabkan kondisi kaki kejang itu abadi.

Ahli saraf, Dr John Michael Li berkata, remaja yang menderita sindrom seluar ketat biasanya akan rasa tidak selesa pada abdominal, mulas dan masalah sendawa ketika memakai seluar ketat itu.

Biasanya seluar yang dipakai berukuran tiga inci yang terlalu kecil untuk ukuran pinggang seseorang remaja.

Penasihat medis, Dr Orly Avitzur pula memberitahu bahwa makanan tidak akan dicerna ketika ada tekanan pada bagian perut. Pemakaian seluar ketat ini dapat menyebabkan masalah lebih serius seperti makanan tidak dapat dicerna dengan baik dalam kalangan remaja yang menghadapi masalah mulas. seluar yang terlalu ketat memperburuk kondisi itu.

Lelaki terutama harus berhati-hati dan peduli dalam aspek pemakaian. Jika mereka tetap memilih seluar ketat sebagai pelengkap busana, risikonya sangat tinggi. Misalnya, remaja lelaki akan hadapi masalah torsi testis di mana satu testis akan memutar dengan sendirinya. Jika tidak diubati, pintalan itu akan memotong sirkulasi darah dan seterusnya testis akan mati.

Selain itu, remaja lelaki juga akan mengalami lemah kontrol kemih dan infeksi saluran kencing. Lebih buruk lagi ketika jumlah sperma menurun dan jamur akan mudah menyebar pada bagian kelamin akibat dari pemakaian celana yang ketat ini

25/02/2016

Mahathir Nak Masuk Penjara? Siapa Nak Penjarakan Dia?

Hanya orang gila sahaja yang akan percaya Mahathir ini benar-benar nak masuk dalam penjara. Bagi seorang bekas Perdana Menteri, bapa kepada beberapa orang jutawan (dia pun sendiri jutawan), duduk dalam penjara adalah antara benda yang tak akan dimasuk dalam senarai pun.

Mahathir pun tahu tidak ada hakim mana yang akan penjarakan dia, tua sangat dah nak dihumban ke dalam penjara pun. Waima layak dipenjarakan sekalipun, Mahathir sendiri akan pastikan perkara itu tidak akan berlaku by hook or by crook.

Apa yang Mahathir sebut akan kesediaannya untuk masuk penjara (duduk sebelah Anwar pulak tu), hanyalah satu taktik meraih simpati rakyat dan menambah kebencian kepada Datuk Seri Najib Tun Razak - yang langsung tidak ada kena mengena dengan apa pun kesalahan yang Mahathir mungkin lakukan sehingga nak dipenjarakan tu..

Najib bukan hakim boleh penjarakan orang dan paling penting sekali, Najib bukan Mahathir suka penjarakan orang!! Artikel itupun bukan Najib yang suruh Mahathir tulis, dia sendiri nak tulis kan.

Zaman Mahathir bolehlah, dia ada 'penjara peribadi' yang dipanggil sebagai kem Kamunting, banyak cakap tengok, masuklah ke dalam itu selama mana diperlukan Mahathir selaku Menteri Dalam Negeri (dengan menggunakan ISA).

Tak payah Mahathir jadi hakim pun, tapi boleh tahan orang tanpa bicara.

Zaman Najib, kem Kamunting ditutup dan undang-undang ISA dihapuskan. Tak pernah lagi berlaku di zaman ini orang politik dihantar ke penjara seperti itu semata-mata kerana berbeza pendapat dengan Perdana Menteri.

Berhentilah mengarut Mahathir.

Sumber: Balqis Sheikh

24/02/2016

Exco Kedah Pro Mukhriz Tak Tahu Malu Ke?

Ketika diketahui bahawa 14 ketua bahagian UMNO di Kedah mahu perubahan dilakukan ke atas kepimpinan negeri itu pada 20 Januari 2016, Datuk Sri Najib Tun Razak teruk dihentam oleh pegawai-pegawai Exco yang kononnya setia dengan Menteri Besar ketika itu, Mukhriz Mahathir.

Macam-macam kata buruk dilempar kepada Najib sekalipun Najib tidak terlibat sama sekali, yang membantah itu adalah UMNO Kedah sendiri kerana Mukhriz di dakwa tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Turut terkena tempiasnya ialah Menteri Besar yang baru, Datuk Sri Ahmad Bashah.

Hari ini, semua 9 Exco dibawah pentadbiran Mukhriz, termasuk 2 yang begitu tegar meyokongnya seperti Aminudin Omar dan Suraya Yaakob, mengangkat sumpah semula sebagai Exco.

23/02/2016

Berani Kah Mahathir Nak Sumpah Al-Quran, Nak Tunggu Wahyu Ke?

Mahathir beberapa hari lepas dikatakan bersedia bersumpah menjunjung Al-Quran untuk membuktikan dakwaannya ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB dan dana RM 2.6 billion - jika diminta.

Siapa mintak, bagaimana nak mintak, dia tak pulak sebut, jadilah benda itu tergantung begitu sahaja, tapi junjung Al-Quran saja pun yang kita cakapkan ni.

Gamaknya susah nak bersumpah menjunjung Al-Quran tu ye, sebab sehingga sekarang masih tak nampak lagi Mahathir bersumpah menjunjung Al-Quran seperti yang dikatakkannya tu.

22/02/2016

SYABAS: PM TIDAK AKAN MENGHANCURKAN UMNO

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpegang kepada tiga prinsip sejak melibatkan diri dalam politik 40 tahun lepas, dan tidak akan menghancurkan UMNO yang telah dibina Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Prinsip paling utama yang dipegang adalah perbanyakkan kawan daripada lawan, kata perdana menteri.

Alhamdulillah dan tahniah kepada Perdana Menteri. 40 tahun yang banyak mencorak perjalanan politik beliau sehingga makin tabah walaupun diasak pelbagai fitnah.

Pertama kali berjumpa beliau pada 2011 beliau hanya akan senyum bila ditanya tentang fitnah dan tuduhan pada waktu itu. Namun bila kali ke dua bertemu beliau, demi rakyatnya beliau tidak menyerah kalah.

21/02/2016

USTAZ ATAU SYAITAN: Bodoh, Bangang Punya Polis Trafik

Kuala  Lumpur – Tindakan anggota polis trafik yang menangkap gambar bagi mengesan kenderaan yang membawa melebihi had laju yang ditetapkan telah menimbulkan kemarahan seorang penceramah agama.

Nahar Afandi Ghazali yang juga merupakan anak kepada pengasas Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq di Kampung Melayu Rasa, Kuala Selangor berkata, tindakan anggota polis trafik yang menjalankan tugas itu sebagai bodoh dan bangang.

“… (buat) ‘road-block’ polis tak sembahyang, bodohnya punya polis… kadang hari Jumaat buat ‘speed-track’ bodohnya punya polis trafik.

TUN MAHATHIR SANGGUP BERSUMPAH GUNA AL QURAN DAN MASJID DEMI TERBUNGKUSKAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!

Maka benarlah seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan pemimpin pembangkang yang teraniaya di bawah pentadbirannya dahulu bahawa pada penghujung usia, Tun Dr. Mahathir akan melakukan sesuatu yang dia bersumpah tidak akan lakukannya. Malah Tun Dr. Mahathir sendiri memimpin ke arah kehancuran semata-mata bagi menjaga periuk belanga beberapa orang kroninya dalam kewangan negara.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, dia sanggup
bersumpah menggunakan al Quran ke atas Najib Abdul Razak.

"Sekiranya apa-apa yang saya katakan satu fitnah atau tidak benar, biarkan saya bersumpah laknat. Saya sanggup lakukannya."

"Sekiranya saya meminta orang lain bersumpah, saya sendiri perlu bersedia untuk melakukakannya dengan niat yang betul," kata Dr. Mahathir dalam satu sidang media selepas merasmikan pelancangan membaca al Quran di Kuala Lumpur.

Agak-agaknya pada bahagian mana Tun Dr. Mahathir akan bersumpah menggunakan al Quran? Bagaimana kalau dia memulakan dengan mendedahkan tentang kekayaan anak-anaknya yang diperolehi dalam tempoh yang sangat singkat berbanding manusia lain di dunia ini....

Sumber: KLIK DISINI

20/02/2016

RAYYANI AIR CUBA MENIPU UNTUK MENUTUP KESALAHAN!

Masa hari tu aku kata Rayyani Air atau Ravi + Kalyani Air ni lahanat dan menjual agama. Mala berbondong-bondonglah ukat melayu yang bebal mempertahankan si PARIA yang kuat mabuk dan mempunyai wine cellar dalam rumah beliau.

Aku dimaki dhina dan dikeji. Aku tak kisah sebab dalam menyampaikan kebenaran ni memang kita akan hadapi pelbagai dugaan. Akhirnya kebenaran terbukti bilamana si macha Ravi membuat kenyataan palsu dengan mengatakan Kalyani Air aka Rayyani Air disabotaj. Khaiik ptuiihhh.

19/02/2016

Suami Rebah !! Suspek Bangladesh Rentap Pakaian Isteri Dan Rogol

Melaka: Bangla ni taste dia boleh tahan jugak. Pakcik tu pun 1 hal. Pakcik tau tak salah pakcik pukul bangla tu?
Seorang lelaki bangladesh cedera di kaki kanannya selepas ditetak suami mangsa dalam satu cubaan rogol di Kampung Teluk Wanjah, Alor Setar.
Suspek, Sagor Ahmed, 40 tahun, seorang warga Bangladesh adalah jiran kepada mangsa yang berusia 50 tahun.
Dia tinggal di kampung itu sejak dua tahun lalu dan dikatakan mempunyai hubungan baik dengan keluarga mangsa.

18/02/2016

Direkrut DAP: Muhyiddin Dicabar Saman Kit Siang

Muhyiddin bukanlah orang yang percaya dengan penafian mulut. Pada dia, nafi guna air liur ini murah, takde nilai, kena ada siasatan, kena ada dokumen dan sebagainya, baru boleh diguna.

Itulah kesnya dalam soal 1MDB dan itu jugalah kes dalam dana politik RM 2.08 billion (pulang balik RM 2.03 billion). Muhyiddin sampai ambik risiko dipecat dari jawatannya atas prinsip itu.

Tapi sekarang, bila Kit Siang mendakwa merekrut Muhyiddin untuk merampas Johor dari BN dalam PRU14, Muhyiddin boleh pulak nafi pakai air liur?

Anak Perempuan DS Mukhriz Dijangkiti Virus H1N1

Mengejutkan apabila menerima satu berita bahawa anak perempuan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Melia Serena Mukhriz dijangkiti wabak atau virus H1N1.

Perkhabaran mengejut tersebut dikongsikan oleh Serena sendiri serta kakaknya, Meera Alyanna atau lebih manja dengan panggilan Ally di laman Instagram milik mereka.

Virus H1N1 atau lebih dikenali dengan nama selsema burung atau pun lebih famous dengan panggilan selsema babi ini seperti yang korang sedia maklum sangat di geruni dan boleh membawa kepada kematian, jika tidak menerima rawatan pencegahan.

17/02/2016

Adakah Ini Yang Kita Mahu. Pasti Akan Berlaku. Ingatlah !

Tahun 2015, tanpa kita sedar berlaku beberapa kejadian dan kes yang melibatkan antara warga asing (Bangladesh) dengan gadis tempatan

Antaranya ialah kes rogol, kes bermadu kasih dengan isteri orang lain dan kes lari gadis. Segala huraian kes di dalam. 



1.5 juta warga Bangladesh bakal mendarat di Tanah Melayu tidak lama lagi. Apakah anda sebagai warga negara Malaysia hanya duduk sambil mendongak dagu?


Sosio-budaya
Sementara itu, Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berpendapat kebanjiran pekerja asing memberi kesan sosial kepada kehidupan rakyat tempatan.
Beliau berkata meskipun ada warga asing yang berpendidikan tinggi, cara hidup mereka yang berbeza boleh mengganggu corak kehidupan tempatan dan masyarakat tempatan berhadapan risiko interaksi sosial yang boleh memudaratkan pemikiran generasi akan datang.

Lebih menggusarkan, Fadzil berkata apabila rakyat tempatan terpaksa menerima dan mempelajari budaya yang dibawa pekerja asing, sekali gus mempengaruhi sistem sosial dan budaya rakyat tempatan.
"Kemasukan lebih ramai pekerja asing dalam negara seolah-olah memberi 'pengiktirafan' kepada budaya mereka. Walaupun kemasukan mereka (warga asing) membawa kebaikan kepada pembangunan negara namun terdapat sesetengah pekerja asing membawa budaya buruk seperti isu kebersihan dan masalah perkahwinan campur yang boleh mewujudkan konflik.

PARTI AMANAH NEGARA DILANDA MUFLIS ???

SHAH ALAM: Bimbang duit tabung disalahguna atas tujuan penubuhan Parti Amanah Negara (PAN), PAS Selangor menggesa Izham Hashim mengemukakan bukti aliran kewangan tersebut.

ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi berkata demikian mengulas dakwaan pecah amanah yang dilakukan Izham ketika memegang jawatan Yang Dipertua (YDP) PAS Kelana Jaya.

Izham kini dilantik sebagai Pengerusi PAN Selangor.

"Buktikan bahawa duit itu masih wujud dan tidak disalah guna untuk penubuhan dan urusan PAN, sebab tidak boleh gunakan duit tabung PAS yang dikumpul dahulu," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

16/02/2016

Gempar!! Akhirnya terbongkar wajah sebenar pembunuh Amin Beyond?

Terkini ; Suspek Pembunuh Amin Beyond Dapat Ditangkap?

Kes pembunuhan aktivis Melayu Pulau Pinang, Syed Amin Jainul Abidin memang benar-bebar menggemparkan negara. Manakan tidak, beliau ditembak berkali-kali pada awal pagi minggu lalu atas sebab yang sehingga kini masih menimbulkan banyak tanda tanya banyak pihak.

Allahyarham yang dikenali sebagai aktivis Melayu yang paling lantang bersuara menentang kebiadaban Kerajaan DAP Pulau Pinang menindas penduduk Melayu di Pulau Pinang.

Kematian Allahyarham Syed Amin ini nyata diratapi oleh ramai pihak memandangkan cara Allahyarham menemui ajalnya.

15/02/2016

Hikmah Disebalik Perletakan Jawatan Mukhriz Sebagai MB

Para penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini melihat perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menter Besar adalah merupakan satu lagi kegagalan dalam gerakan untuk memaksa Perdana Menteri berundur.

Malah mereka juga mendakwa ia sebagai satu usaha untuk mematikan karier politik Mukhriz ekoran tindakannya yang kerap kali mengkritik pentadbiran kerajaan pusat.

Namun disebalik musibah tersebut, rata rakyat dan pengundi di Dun Ayer Hitam pada hakikatnya bersyukur dan berterima kasih kepada kepimpinan Umno Kedah atas desakan untuk menukarkan Mukhriz sebagai MB.

Ini kerana sejak tidak lagi memegang sebarang jawatan penting dalam pentadbiran negeri dan Umno, Mukhriz dilihat lebih banyak menghabiskan masa untuk bertemu dengan rakyat dan pengundi di kawasannya.

14/02/2016

Pembangkang sanggup memenuhi kerja-kerja "Cuci longkang, kutip buah, bina bangunan?

HANYA GIMIK POLITIK PEMBANGKANG UNTUK MENGHASUT RAKYAT

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar golongan belia seluruh negara menyertai sektor-sektor yang diceburi pekerja asing di Malaysia.

Menurutnya, ekonomi negara harus dibangunkan dan untuk tujuan itu, setiap sektor memerlukan tenaga kerja mahir dan separa mahir.

"Kita mahu secara idealnya semua bidang pekerjaan daripada atas hingga paling bawah termasuk 3D (Dirty, Difficult dan Dangerous) (diberikan) kepada rakyat Malaysia.

13/02/2016

Pendidikan Memang Sudah Tidak Penting Dalam Politik Sejak Zaman Mahathir

Kata balaci nombor wahid Mahathir, Kadir Jasin, perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah membuktikan bahawa pendidikan sudah tidak lagi penting.

Niat Kadir tidak ada lain melainkan untuk menyemarakkan sentimen kebencian terhadap Ahmad Bashah yang tidak berpendidikan tinggi.

Tanpa sedar, tua kutuk ini mungkin terlupa bahawa pendidikan memang sudah lama jadi tidak penting dalam politik, iaitu sejak zaman Mahathir masih Perdana Menteri lagi.

12/02/2016

Ong Kian Ming nak pergi sama pun tak apa, lagi bagus

LAGI RAMAI NAK IKUT SERTA PUN TAK APA.

BEBERAPA hari sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, kita sedikit tersentak dengan pendedahan Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming.

Kata Kian Ming, kira-kira 7,828 individu yang merupakan rakyat Malaysia telah melucutkan kerak­yatan mereka untuk menjadi warga negara Singapura sejak kebelakangan ini.

Dia mendakwa, jumlah terbesar bekas warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 30 hingga 50 tahun itu ialah 36.6 peratus dari Johor, diikuti 19.5 peratus (Perak), Selangor (9.4 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6.7 peratus), Melaka (5.6 peratus), Pulau Pinang (5.4 peratus) dan Ne­geri Sembilan (5.3 peratus).

11/02/2016

Tunku Ismail ajak debat

DI sebalik kehangatan saingan Liga Malaysia yang akan membuka tirai esok dan kegagalan tiga pasukan melunaskan tuntutan gaji berjumlah RM4.47 juta melibatkan 15 pemain, arena bola sepak negara memasuki episod menarik pula semalam.
Ia apabila pemilik skuad Johor Darul Takzim (Johor DT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana individu atau organisasi untuk berdebat secara terbuka di kaca televisyen berhubung isu bola sepak negara.
Titah baginda, cabaran berdebat tersebut ditawarkan kepada mana-mana individu yang tidak puas hati dengan apa sahaja kenyataannya mengenai bola sepak selama ini.

10/02/2016

Sebuah Lamborghini atau duit tidak bermakna apa-apa.

KUALA LUMPUR 9 Feb.Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan rasa rindu dan sayang terhadap adindanya, Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang mangkat, Disember tahun lalu.

Menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail mengakui di sebalik kebahagiaan dan kemegahan, terdapat kesedihan yang perlu keluarga diraja itu lalui setiap hari tanpa Tunku Abdul Jalil.

Beliau mengakui amat sukar untuk dirinya menerima hakikat bahawa adindanya itu telah tiada, tetapi amat memahami mengapa Allah mahu Tunku Abdul Jalil berada disisiNya.

09/02/2016

Libat Istana: Polis Dah Beri Amaran, Kenapa Mukhriz Degil?

Kenyataan media Mukhriz, antara yang terakhir sebagai Menteri Besar Kedah semalam, dilihat ramai sebagai benar-benar kurang ajar kerana cuba mengaitkan pihak Istana dengan kemelut politik yang melanda UMNO negeri tersebut.

Padahal pihak polis telah memberikan amaran supaya tidak mengaitkan Istana dengan kemelut politik tersebut, tapi nampaknya masih ada yang berdegil.

Sehubungan dengan itu kita harap akan ada laporan yang dibuat agar tindakan susulan diambil ke atas Mukhriz lanjutan dari kenyataannya itu.

Perkara ini tidak boleh dibenarkan kerana kita bimbang di masa hadapan lebih banyak kejadian seumpamanya berlaku dan ini boleh mencemarkan istitusi diraja di negara kita.

Mukhriz sepatutnya menerima takdirnya yang tidak lagi mendapat kepercayaan untuk menjadi Menteri Besar Kedah dan tidak mengheret pihak Istana ke dalam krisis kepercayaan yang sedang dihadapi kerana masalah yang dicetuskannya sendiri.

 Catatan: Balqis Sheikh.

Artike

08/02/2016

Mukhriz belum cukup masak untuk terjun ke dunia politik...

RENONGAN BERSAMA

Pasca kemelut MB Kedah... Ahmad Bashah secara rasminya dilantik sbg MB yg baru selepas selesai Majlis angkat sumpah semalam... sebelum itu, Mukhriz terpaksa akur dgn mengumumkan perletakan jawatannya...

Sudah menjadi resmi politik, akan ada yg kecewa, marah, iri hati, dan tak kurang juga yg gembira dan berpuas hati selepas matlamat tercapai... yg penting, kesinambungan kepimpinan dalam UMNO Kedah dan pentadbiran kjaan negeri tetap perlu diteruskan... sebesar manapun pergelutan yg berlaku, akhirnya, Kedah tetap Kedah... tak mungkin Kedah boleh berubah menjadi Tokyo dlm sekelip mata sekalipun samada Mukhriz kekal atau pun tidak...

Sejujurnya, bagi aku, byk hikmah yg patut kita renungi, drpd apa yg berlaku... malah, jika aku di tempat Mukhriz, walaupun mungkin sekarang ni masih diselubungi kekecewaan dan marah, namun selepas fikiran kembali tenang dan rasional, Mukhriz mungkin akan berasa lega dan ringan dari bebanan...

Pendapatan RM5 dan RM8 sehari untuk menampung keluarga ???


BUKIT MERTAJAM, 8 Februari:

Nasi kosong, kadangkala berlaukkan mi segera!

Itu makanan yang mampu disediakan seorang ibu buta dari flat Kota Permai di sini untuk keluarga.

Demi kelangsungan hidup keluarga Malikah Cholil, 34, mengambil upah mencuci pakaian menggunakan mesin basuh yang dihadiahkan oleh kawan-kawan suaminya, Othman Md Hassan, 76.

Upah yang dapat? Antara RM5 dan RM8 sehari!

Othman sendiri tidak berdaya untuk bekerja kerana menghidap sakit jantung dan anaemia sejak dua tahun lepas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...