Translate

24/02/2016

Exco Kedah Pro Mukhriz Tak Tahu Malu Ke?

Ketika diketahui bahawa 14 ketua bahagian UMNO di Kedah mahu perubahan dilakukan ke atas kepimpinan negeri itu pada 20 Januari 2016, Datuk Sri Najib Tun Razak teruk dihentam oleh pegawai-pegawai Exco yang kononnya setia dengan Menteri Besar ketika itu, Mukhriz Mahathir.

Macam-macam kata buruk dilempar kepada Najib sekalipun Najib tidak terlibat sama sekali, yang membantah itu adalah UMNO Kedah sendiri kerana Mukhriz di dakwa tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Turut terkena tempiasnya ialah Menteri Besar yang baru, Datuk Sri Ahmad Bashah.

Hari ini, semua 9 Exco dibawah pentadbiran Mukhriz, termasuk 2 yang begitu tegar meyokongnya seperti Aminudin Omar dan Suraya Yaakob, mengangkat sumpah semula sebagai Exco.


Persoalannya sekarang, dah kemana kesetiaan tak berbelah bahagi yang diberikan kepada Mukhriz dulu? Sekalipun mungkin ada sebab-sebab lain kenapa semua Exco dikekalkan, tapi Exco yang terlibat itu sendiri boleh meletak jawatan kalau tak bersetuju dengan pilihan Ahmad Bashah.

Suraya sebagai contoh, dengan sengaja berkongsi satu posting yang mahu menjenayahkan Najib di akaun Facebooknya, wah, macam marah betul ya, tapi hari ini dia pun ikut sekali angkat sumpah juga, apahal?

Jadi kalau ada maruah, berhentilah, bagi orang lain jawatan itu, awak boleh duduklah bawah ketiak Mukhriz tu sampai semput.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...