Ketika
diketahui bahawa 14 ketua bahagian UMNO di Kedah mahu perubahan dilakukan ke
atas kepimpinan negeri itu pada 20 Januari 2016, Datuk Sri Najib Tun Razak
teruk dihentam oleh pegawai-pegawai Exco yang kononnya setia dengan Menteri
Besar ketika itu, Mukhriz Mahathir.
Macam-macam kata buruk dilempar kepada Najib sekalipun Najib tidak
terlibat sama sekali, yang membantah itu adalah UMNO Kedah sendiri kerana
Mukhriz di dakwa tidak menjalankan
tanggungjawabnya.
Turut
terkena tempiasnya ialah Menteri Besar yang baru, Datuk Sri Ahmad Bashah.
Hari
ini, semua 9 Exco dibawah pentadbiran Mukhriz, termasuk 2 yang begitu tegar
meyokongnya seperti Aminudin Omar dan Suraya Yaakob, mengangkat sumpah semula
sebagai Exco.