Translate

25/02/2016

Mahathir Nak Masuk Penjara? Siapa Nak Penjarakan Dia?

Hanya orang gila sahaja yang akan percaya Mahathir ini benar-benar nak masuk dalam penjara. Bagi seorang bekas Perdana Menteri, bapa kepada beberapa orang jutawan (dia pun sendiri jutawan), duduk dalam penjara adalah antara benda yang tak akan dimasuk dalam senarai pun.

Mahathir pun tahu tidak ada hakim mana yang akan penjarakan dia, tua sangat dah nak dihumban ke dalam penjara pun. Waima layak dipenjarakan sekalipun, Mahathir sendiri akan pastikan perkara itu tidak akan berlaku by hook or by crook.

Apa yang Mahathir sebut akan kesediaannya untuk masuk penjara (duduk sebelah Anwar pulak tu), hanyalah satu taktik meraih simpati rakyat dan menambah kebencian kepada Datuk Seri Najib Tun Razak - yang langsung tidak ada kena mengena dengan apa pun kesalahan yang Mahathir mungkin lakukan sehingga nak dipenjarakan tu..

Najib bukan hakim boleh penjarakan orang dan paling penting sekali, Najib bukan Mahathir suka penjarakan orang!! Artikel itupun bukan Najib yang suruh Mahathir tulis, dia sendiri nak tulis kan.

Zaman Mahathir bolehlah, dia ada 'penjara peribadi' yang dipanggil sebagai kem Kamunting, banyak cakap tengok, masuklah ke dalam itu selama mana diperlukan Mahathir selaku Menteri Dalam Negeri (dengan menggunakan ISA).

Tak payah Mahathir jadi hakim pun, tapi boleh tahan orang tanpa bicara.

Zaman Najib, kem Kamunting ditutup dan undang-undang ISA dihapuskan. Tak pernah lagi berlaku di zaman ini orang politik dihantar ke penjara seperti itu semata-mata kerana berbeza pendapat dengan Perdana Menteri.

Berhentilah mengarut Mahathir.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...