Kenyataan media Mukhriz,
antara yang terakhir sebagai Menteri Besar Kedah semalam, dilihat ramai sebagai
benar-benar kurang ajar kerana cuba mengaitkan pihak Istana dengan kemelut
politik yang melanda UMNO negeri tersebut.
Padahal
pihak polis telah memberikan amaran supaya tidak mengaitkan Istana dengan
kemelut politik tersebut, tapi nampaknya masih ada yang berdegil.
Sehubungan dengan itu kita
harap akan ada laporan yang dibuat agar tindakan susulan diambil ke atas
Mukhriz lanjutan dari kenyataannya itu.
Perkara ini tidak boleh
dibenarkan kerana kita bimbang di masa hadapan lebih banyak kejadian
seumpamanya berlaku dan ini boleh mencemarkan istitusi diraja di negara kita.
Mukhriz sepatutnya menerima
takdirnya yang tidak lagi mendapat kepercayaan untuk menjadi Menteri Besar
Kedah dan tidak mengheret pihak Istana ke dalam krisis kepercayaan yang sedang
dihadapi kerana masalah yang dicetuskannya sendiri.
Catatan: Balqis Sheikh.
Artikel berkaitan: KLIK DISINI dan terus membacanya
Artike