RENONGAN BERSAMA
Pasca kemelut MB
Kedah... Ahmad Bashah secara rasminya dilantik sbg MB yg baru selepas selesai
Majlis angkat sumpah semalam... sebelum itu, Mukhriz terpaksa akur dgn
mengumumkan perletakan jawatannya...
Sudah
menjadi resmi politik, akan ada yg kecewa, marah, iri hati, dan tak kurang juga
yg gembira dan berpuas hati selepas matlamat tercapai... yg penting,
kesinambungan kepimpinan dalam UMNO Kedah dan pentadbiran kjaan negeri tetap
perlu diteruskan... sebesar manapun pergelutan yg berlaku, akhirnya, Kedah
tetap Kedah... tak mungkin Kedah boleh berubah menjadi Tokyo dlm sekelip mata
sekalipun samada Mukhriz kekal atau pun tidak...
Sejujurnya,
bagi aku, byk hikmah yg patut kita renungi, drpd apa yg berlaku... malah, jika
aku di tempat Mukhriz, walaupun mungkin sekarang ni masih diselubungi
kekecewaan dan marah, namun selepas fikiran kembali tenang dan rasional,
Mukhriz mungkin akan berasa lega dan ringan dari bebanan...
Kenapa???
Terus terang, Mukhriz adalah seorang insan yg baik dan lurus, bak kata org
utara 'malaikat hidup'... Mukhriz belum cukup masak untuk terjun ke dunia
politik... walaupun mempunyai latar belakang pendidikan yg agak baik, namun
dalam politik, teori yg dipelajari tidak boleh dijadikan modal... apatah lagi
dgn senario politik hari ini yg sgt mencabar, penuh dgn perkara luar
jangkaan...
2
ciri penting yg perlu ada untuk survive dalam politik, mempunyai 'otak seminit'
dan berkebolehan secara 'all rounder'... otak seminit bukan hanya bermaksud
cepat membuat keputusan, tapi ia juga perlu dipelbagaikan dan sentiasa berada
'di luar kotak'... musuh biasanya akan mudah mengagak tindakan kita jika ruang
likup pemikiran kita terhad... dan yg ke 2, 'all rounder' bermaksud, lempaq
kita di laut jadi pulau, tauk kita di hutan jadi pekan...
Tanpa
2 ciri ini, sukar utk kita bertahan lama sbg pemimpin dlm politik, tak kiralah
di peringkat manapun... sekadar pengikut atau penyokong, mungkin sesuai...
seperti juga Mukhriz, selaku anak kpd mantan PM yg mempunyai pengaruh yg kuat,
berlatar belakangkn kelulusan luar negara, tidak ada masalah dari sudut dana
kewangan, malah, sudahpun ditempatkan di puncak, logiknya, sepatutnya Mukhriz
sukar nk ditumbangkan... tetapi tidak, kelebihan2 yg Mukhriz ada masih belum
cukup utk memastikan kedudukan dan kuasa Mukhriz tidak tergugat...
Tak
dinafikan, ayah Mukhriz, Tun Mahathir merupakan antara ahli politik yang
hebat... malangnya, kebijaksanaan Tun M berpolitik tidak turun kepada
anak-anaknya, termasuk Mukhriz... politik tidak sekadar teori... tidak ada
rumusan atau format2 tertentu untuk gah dlm politik... ia bukan perkara yg
objektif... walaupun fakta mengatakan 'sebiji buah epal berada di atas meja',
tp apabila masuk unsur politik, fakta berkenaan buah epal tadi boleh
dimanipulasi hingga akhirnya org akan lebih nampak hasil manipulasi drpd fakta
yg sebenar... (cth)
adalah
lebih baik bg Mukhriz untuk berundur sekarang... ambil masa untuk memehami erti
politik sebenar... musuh gemar mengambil kesempatan atas kelemahan kita
berpolitik... hebat berkhidmat saja belum cukup, jika org lain yg mendapat
kredit dan manfaatnya... lihat sajalah betapa biadap Mahfuz Omar cuba mengambil
kesempatan di atas isu Mukhriz ini... Mahfuz seolah-olah cuba memperlihatkan
betapa lemah dan bodohnya Mukhriz yg tewas di tangan Bashah... ditambah pula
dengan tawaran si burung belatuk, Mat Sabu yg mempelawa Mukhriz untuk menyertai
AMANAH... Mat Sabu memperlekeh perjuangan Mukhriz dan Tun M sebenarnya... Jika
Mukhriz terpengaruh dan memilih untuk beralih ke parti Mat Sabu, maka itu lah
nilai perjuangan Mukhriz, boleh dibeli dgn kuasa, jawatan dan pangkat...
apapun,
aku mendoakan kebaikan kepada Mukhriz dan seisi keluarga... berundur bukan
beerti tewas... kumpulkan ilmu biar penuh di dada dan perkukuhkan semula
kekuatan dan jati diri... dan kemudian tampil semula kerana UMNO dan orang
Melayu sentiasa mengalu-alukan pemimpin yg berpotensi, berkaliber dalam
memperjuangkan hak org Melayu beragama Islam... elakkan diri daripada menjadi
pengkhianat UMNO kerana Mukhriz masih muda, masih jauh liku-liku perjuangan yg
bakal ditempuhi...
Cuma,
harapan aku, selepas ini... Mukhriz akan tampil sebagai Mukhriz, bukan lagi
Mukhriz anak mantan PM, Tun Mahathir... Insha Allah...
Nukilan: Muhammad Ariff Ahmad-