DI sebalik kehangatan saingan Liga Malaysia yang akan
membuka tirai esok dan kegagalan tiga pasukan melunaskan tuntutan gaji
berjumlah RM4.47 juta melibatkan 15 pemain, arena bola sepak negara memasuki
episod menarik pula semalam.
Ia apabila pemilik skuad Johor Darul Takzim (Johor
DT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana
individu atau organisasi untuk berdebat secara terbuka di kaca televisyen
berhubung isu bola sepak negara.
Titah baginda, cabaran berdebat tersebut ditawarkan
kepada mana-mana individu yang tidak puas hati dengan apa sahaja kenyataannya
mengenai bola sepak selama ini.