KUALA LUMPUR 9 Feb. – Tunku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan rasa rindu dan sayang terhadap
adindanya, Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim
yang mangkat, Disember tahun lalu.
Menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers,
Tunku Ismail mengakui di sebalik kebahagiaan dan kemegahan, terdapat kesedihan
yang perlu keluarga diraja itu lalui setiap hari tanpa Tunku Abdul Jalil.
Beliau mengakui amat sukar untuk dirinya menerima
hakikat bahawa adindanya itu telah tiada, tetapi amat memahami mengapa Allah
mahu Tunku Abdul Jalil berada disisiNya.