Kuala Lumpur – Tindakan anggota
polis trafik yang menangkap gambar bagi mengesan kenderaan yang membawa
melebihi had laju yang ditetapkan telah menimbulkan kemarahan seorang
penceramah agama.
Nahar Afandi Ghazali yang juga
merupakan anak
kepada pengasas Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq di Kampung Melayu Rasa,
Kuala Selangor berkata, tindakan anggota polis trafik
yang menjalankan tugas itu sebagai bodoh dan bangang.
“… (buat) ‘road-block’ polis tak
sembahyang, bodohnya punya polis… kadang hari Jumaat buat ‘speed-track’
bodohnya punya polis trafik.
“Semalam aku nak datang sini ceramah,
di lebuhraya polis trafik punya bodoh dia pergi ambil ‘speed-track'” katanya
ketika menyampaikan kuliah agama tersebut” katanya melalui klip video yang
dikirimkan oleh pembaca SuaraTV.
Menurut Nahar lagi tindakan tersebut
adalah bertentangan dengan hukum Islam dan gaji yang diperolehi oleh anggota
polis trafik yang tidak menunaikan solat jumaat adalah haram.
“Hari Jumaat engkau (polis) boleh jaga
negara, cuti daripada sembahyang sekiranya ada rusuhan atau ada bab yang
menggangu ketenteraman negara.
“Tapi kalau saja-saja nak ambil
‘speed-track, nak buat road-block yang tak ada unsur atau bersanggkutan dengan
undang-undang maka haram gaji pada hari itu, faham (macam mana) nak bagi makan
pada anak bini… sebab itu anak-bini (polis tarfik) tak boleh jadi orang alim
dan soleh kerana unsur yang masuk (dalam badan) dari duit haram,” katanya lagi
dengan nada yang marah.
SuaraTV bagaimanpun tidak dapat memastikan
bila dan dimana kuliah agama tersebut diadakan.
Sementara itu, rata pengguna media
sosial menyifatkan kata-kata nista yang dituturkan oleh pencaramah agama
tersebut bukan merupakan sebahagian daripada Islam.
Mereka turut menggesa pihak berkuasa
segera menjalankan siasatan untuk menangkap penceramah tersebut kerana
mengunakan platform agama untuk memfitnah dan menghina anggota polis.