Translate

22/02/2016

SYABAS: PM TIDAK AKAN MENGHANCURKAN UMNO

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpegang kepada tiga prinsip sejak melibatkan diri dalam politik 40 tahun lepas, dan tidak akan menghancurkan UMNO yang telah dibina Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Prinsip paling utama yang dipegang adalah perbanyakkan kawan daripada lawan, kata perdana menteri.

Alhamdulillah dan tahniah kepada Perdana Menteri. 40 tahun yang banyak mencorak perjalanan politik beliau sehingga makin tabah walaupun diasak pelbagai fitnah.

Pertama kali berjumpa beliau pada 2011 beliau hanya akan senyum bila ditanya tentang fitnah dan tuduhan pada waktu itu. Namun bila kali ke dua bertemu beliau, demi rakyatnya beliau tidak menyerah kalah.


Dare to fight back jauh dari fikiran bila melihat personaliti beliau yang sentiasa tenang, senyum dan suka mengalah. Namun semangat juang beliau membangkitkan lagi semangat untuk kekal bersama beliau menyokong pimpinan beliau sebagai Perdana Menteri yang sentiasa datang ke Sarawak dan mengambil tahu tentang rakyat Sarawak.

Terima kasih PM, semoga terus tabah dan diberi kesihatan yang baik untuk terus memimpin Malaysia.

Nukilan: Rufaizah Bujang 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...