Mengejutkan apabila menerima satu berita bahawa anak
perempuan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Melia Serena
Mukhriz dijangkiti wabak atau virus H1N1.
Perkhabaran mengejut tersebut dikongsikan oleh Serena
sendiri serta kakaknya, Meera Alyanna atau lebih manja dengan panggilan Ally di
laman Instagram milik mereka.
Virus H1N1 atau lebih dikenali dengan nama selsema
burung atau pun lebih famous dengan panggilan selsema babi ini seperti yang
korang sedia maklum sangat di geruni dan boleh membawa kepada kematian, jika
tidak menerima rawatan pencegahan.