Translate

17/02/2016

PARTI AMANAH NEGARA DILANDA MUFLIS ???

SHAH ALAM: Bimbang duit tabung disalahguna atas tujuan penubuhan Parti Amanah Negara (PAN), PAS Selangor menggesa Izham Hashim mengemukakan bukti aliran kewangan tersebut.

ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi berkata demikian mengulas dakwaan pecah amanah yang dilakukan Izham ketika memegang jawatan Yang Dipertua (YDP) PAS Kelana Jaya.

Izham kini dilantik sebagai Pengerusi PAN Selangor.

"Buktikan bahawa duit itu masih wujud dan tidak disalah guna untuk penubuhan dan urusan PAN, sebab tidak boleh gunakan duit tabung PAS yang dikumpul dahulu," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.


Memetik laporan sebuah portal, siasatan polis sedang dijalankan ke atas seorang pemimpin PAN kerana terbabit dalam tuduhan pecah amanah.

Individu itu dipercayai mengeluarkan duit daripada akaun PAS Kelana Jaya dengan jumlah RM50,000 dan berlaku sebelum mesyuarat ahli jawatankuasa yang terakhir pada 18 Ogos 2015 untuk meluluskan pembatalan pembelian bangunan.

Izham kemudiannya disebut sebagai pemimpin yang terlibat dalam dakwaan pecah amanah berkenaan memandangkan jawatan yang disandang sebelum menyertai PAN.

"Oleh kerana wang itu dikumpul atas nama PAS dan bukan PAN, maka apabila PAN ditubuhkan, wang yang ada itu sepatutnya tidak boleh diganggu kerana ia dikutip atas nama PAS.

"Apabila parti baru ditubuhkan, maka ia tidak ada kuasa untuk memindahkan transaksi itu kepada mereka," tegas Sallehin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Izham bagaimanapun menafikan kejadian pecah amanah tersebut dengan mendakwa sebarang urusan melibatkan kewangan PAS kawasan itu diputuskan dalam mesyuarat dan mengikut peraturan parti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...