Translate

Memaparkan catatan dengan label Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Israel. Papar semua catatan

02/09/2014

ANWAR membisu seribu bahasa ? ATAU ?


ATAU kata-kata PM Najib  “sometimes we must work quietly in the service of a better outcome”... yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik” ( Klik )

Pendedahan Anwar Ke Israel Pada 20 Ogos? (Klik)

BENARKAH Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke ibu negara Israel, Tel Aviv pada 20 Ogos lepas?

Ini kerana tiket penerbangan Royal Jordanian dengan nama beliau kini tersebar merata di media sosial.

Andai benar, untuk tujuan apa beliau ke sana kerana kita tak dengar pun Anwar pergi membawa bantuan perubatan atau kewangan untuk masyarakat Islam Gaza?

Mengetahui sikap Anwar, mustahil la kalau hendak kata beliau buat kerja di belakang tabir dan tak mahu publisiti kalau benar ke negara haram yahudi itu atas niat murni membantu masyarakat Islam di sana.

Dan jangan lupa (KLIK DISINI JUGA)

09/08/2014

Hamas memberi amaran akan meneruskan serangan ke atas Israel


Hamas memberi amaran akan meneruskan serangan ke atas Israel jika rundingan gencatan senjata selama 72 jam yang diadakan di Kaherah sebelum ini gagal dicapai.

Associated Press (AP) melaporkan, perkara tersebut dinyatakan oleh jurucakap sayap tentera Hamas, Briged Izzudin al-Qassam, Abu Ubaidah dalam siaran televisyen hari ini.

“Kami merayu kepada delegasi Palestin agar tidak menerima pelan genjatan senjata kecuali kita berpuas hati dengan tuntutan rakyat Palestin,” katanya sambil menegaskan pejuang Hamas bersedia bila-bila masa untuk kembali ke medan perang.

03/08/2014

Pendedahan Wikileaks: Anwar adalah pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran Islam, Ikhwanul Muslimin ???



PETIKAN terjemahan dari: Akhbar Tempatan Israel ourjurusalem.com.

Dan ErdoÄŸan bukan kes terpencil. Rangkaian Nya Islam termasuk Anwar Ibrahim Malaysia, bekas Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin semasa pembangkang. Ibrahim kini dalam percubaan untuk apa penyokongnya mengatakan adalah tuduhan-up liwat, dan rakan-rakan yang berkuasa di Amerika Syarikat, seperti Al Gore dan Paul Wolfowitz, telah lantang mempertahankan dia sebagai seorang Muslim sederhana dianiaya yang seharusnya menjadi contoh jenis Islam Amerika Syarikat telah - dan harus - menggalakkan. 

Hillary Clinton, dalam peranannya sebagai setiausaha negara, meminta mesyuarat muka-ke-muka dengan Anwar bulan lalu, dan apabila ia tidak berlaku, dia ditekan kepimpinan Malaysia secara peribadi dan secara terbuka bagi pihak Anwar.

02/08/2014

CARA MANA PUN ANWAR MAHU HANCURKAN MALAYSIA - ADAKAH INI JUGAK RANCANGAN ANWAR ???


Malaysia tidak pernah jalin kerjasama ketenteraan dengan Hamas, kata Zahid Hamidi
Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama terutamanya dari segi ketenteraan dengan Hamas atau mana-mana pihak di Palestin.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan hari ini berkata, setakat ini hubungan dan kerjasama dengan Palestin merupakan hubungan diplomatik, perdagangan dan kebudayaan sahaja.
"Malaysia juga merupakan penyokong kuat pejuang Palestin dari segi moral dan bantuan kemanusiaan.
"Sokongan padu rakyat Malaysia ini adalah kerana hubungan baik antara pemimpin Malaysia dan Palestin yang telah terjalin sekian lama dan ada kemungkinan ini menyebabkan Israel tidak berpuas hati," katanya.

31/07/2014

Indahnya Akhlak Pejuang HAMAS dan Jihad Islam Melawan Israel



Kendati diserang dari seluruh penjuru. Digempur Israel dari dalam. Diisolasi Mesir dari luar. Dihinakan penguasa Arab di level internasional. Plus dibiarkan sendirian tanpa dukungan berarti dari dunia Islam, HAMAS dan Jihad Islam tetap menjaga norma-norma syariat bahkan di kalan perang sekalipun.

70.000 prajurit Israel plus 2000 pasukan Ranger AS telah siap mengepung Gaza. Tak membuat HAMAS dan Jihad Islam bertekuk lutut. Bahkan sikap saudara-saudara Arab yang justru terkesan "membiarkan" pembantaian Zionis-Salibis terhadap penduduk Gaza, tidak membuat HAMAS-Jihad Islam mengobarkan perlawanan di dalam negeri negara-negara Arab. Hal inilah yang menarik perhatian para pengamat perang, pengamat politik, bahkan pengamat HAM di Israel dan di negara Arab sendiri.

Akhlak HAMAS-Jihad Islam tercermin dari beberapa hal berikut;

18/07/2014

Tentera Israel bermula operasi darat di Gaza


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan pihak tentera untuk memulakan operasi darat di Gaza.
"Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan telah mengarahkan IDF untuk memulakan operasi darat malam ini untuk melanda terowong pengganas dari Gaza ke Israel," kata kenyataan itu.
Satu pasukan IDF besar telah melancarkan fasa baru Operasi Perlindungan Edge memulakan operasi darat di Semenanjung Gaza, jurucakap IDF telah disahkan.

01/05/2013

Datuk Harun Taib tetap menyokong dasar luar Barisan Nasional mengenai ISRAEL

Malaysia Nubuatan dari Jerusalem - Harun Taib
KUALA LUMPUR: Dewan ulama Pas Datuk Harun Taib berkata parti itu tidak akan membenarkan kerajaan Pakatan Rakyat untuk berkawan atau menjalinkan hubungan dengan Israel jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum.

Malah, Harun ketika bercakap kepada  The Mole  berkata Pas akan meneruskan dasar dasar luar pemerintah semasa kerajaan Barisan Nasional yang tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dengan Israel.

"Pas adalah bertentangan dengan mana-mana hubungan dengan Israel. Jika kita membentuk kerajaan, kita akan memastikan dasar luar negara kita akan berdasarkan kepada nilai-nilai Islam. "

Beliau berkata demikian dalam mengulas Youtube video menunjukkan sekumpulan Kristian dari pelbagai negara berkumpul di Jerusalem "berdoa" untuk sebuah Kerajaan baru di Malaysia yang bukan sahaja pro-Kristian tetapi juga mesra kepada Israel.

02/01/2013

Pembangkang mahu menukar REJIM di Malaysia disokong oleh Amerika Syarikat

lynasdd513
Sudah terang  yang sebenarnya dimahukan oleh puak-puak yang kononnya memperjuangkan alam sekitar ini adalah 'regime change'. Ini diakui sendiri oleh mereka selepas gagal dengan isu Lynas mengancam kesihatan, sehingga mahu menukar fokus kepada jatuhkan kerajaan atau 'regime change' pulak.

Patutnya umum dari awal lagi, biar terang, bahawa perjuangan mereka adalah hendak jatuhkan kerajaan BN, tidak payah perbodohkan rakyat dengan berselindung disebalik kempen-kempen pro alam sekitar sepetri kes Lynas di Kuantan dan Rapid di Pengerang.

25/03/2012

BADAN NGO DAH MELUAT DENGAN TELATAH ANUAR YANG KETERLALUAN !!!

 
Laporan polis ke atas parti PKR yang menggunakan dana dari Yahudi.

Nampak gaya semakin hari semakin banyak NGO's yang dah meluat dengan tingkah laku Anwar Ibrahim dan hari ini satu lagi laporan polis dibuat oleh sebuah pertubuhan yang dikenali Persatuan Usahawan Muslin Negeri Perak. Dengar cerita, persatuan ini tidak berpuas hati terhadap parti PKR yang bersekongkol dengan NGO Yahudi untuk menumbangkan kerajaan sediada.

Laporan itu dibuat oleh pengerusi persatuan saudara Yusof Ismail dengan mengadakan demo aman di hadapan Town Hall Ipoh. Beberapa plaikad turut dipaparkan yang mengutuk tindakan Anwar Ibrahim berbaik dengan Yahudi secara senyap bagi tujuan mendapatkan dana kempen pilihanraya.
 

19/03/2012

Anwar Gembira Jumlah Kematian Akibat Keganasan Israel Meningkat

anwar_nentayahu 

MENURUT sumber yang boleh dipercayai dari Segambut Dalam dan Tropicana, Anwar telah menyatakan rasa bangganya atas kejayaan pasukan tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 30 orang dalam satu serangan udara di Gaza semalam.

18/03/2012

Anuar Ibrahim mencemarkan imej Bangsa Melayu dan Malaysia di mata dunia !!!

Image Detail 

Rakyat Palestin ragui Anwar

KUALA LUMPUR 17 Mac - Pergerakan Hamas hari ini menegaskan bahawa sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha bagi memastikan keselamatan negara Israel sebagai satu mesej negatif dan meragukan rakyat Palestin secara keseluruhan.

01/03/2012

Surat Dr. Mahathir kepada Benjamin Netanyahu

Image Detail

KUALA LUMPUR 29 Feb. - Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA 14 Mac 1997 Tuan Yang Terutama Tuan Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel Jerusalem Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

21/02/2012

Malaysia dalam bahaya jika sokong Israel

Image Detail
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel dilihat mampu membahayakan negara ini pada masa depan.

Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Shukri Suib berkata, adalah sesuatu yang malang buat individu yang menganuti agama Islam tetapi bertindak mengiktiraf kewujudan Israel.

18/02/2012

DAP PAKAR WAYANG KULIT

Image Detail
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Selepas dibidas oleh orang ramai termasuk sekutunya, Pas kerana menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran dengan pandangannya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan pendiriannya tidak menyokong negara itu dan mengiktirafkan kewujudannya.

17/02/2012

Akhbar Jerusalem Post puji Anwar


Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

10/02/2012

Sikap Israel boleh bawa petaka


MOSCOW 9 Feb. - Pendirian keras Israel terhadap spekulasi berhubung program senjata nuklear Iran boleh membawa malapetaka besar, kata seorang pegawai kanan Kementerian Luar Rusia, hari ini.

Spekulasi berhubung kemungkinan Iran membangunkan senjata nuklear 'meningkatkan ketegangan dan boleh menggalakkan langkah ke arah tindakan ketenteraan yang membawa malapetaka besar', kata ketua jabatan keselamatan dan pelucutan senjata di Kementerian Luar Rusia, Mikhail Ulyanov kepada agensi berita Interfax.

02/02/2012

Fahaman Anwarisme ancaman paling bahaya


Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. meminta umat Islam tidak memandang ringan pendedahan beliau berhubung 'fahaman Anwarisme'.

Ia kerana, dakwa beliau, sejak kebelakangan ini, satu demi satu bukti mengesahkan bahawa fahaman Anwarisme yang diperjuang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahaya kepada umat Islam di Malaysia.

30/01/2012

Sikap Lidah Bercabang Anwar Bukan Sesuatu Yang Mengejutkan…

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.
Sebaliknya, beliau mahu mengetahui apa pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP berhubung kenyataan ketua pembangkang berkenaan.
“Itu bukan perkara pelik atau mengejutkan kita. Cuma yang kita hendak tahu, apa pendirian Pas, DAP dan PKR dalam hal ini,” katanya.

25/10/2011

Ariel Sharon Dalam Neraka Dunia, Sudah 5 Tahun Koma


Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yang mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah. Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dalam keaiban.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...