Translate

09/08/2014

Hamas memberi amaran akan meneruskan serangan ke atas Israel


Hamas memberi amaran akan meneruskan serangan ke atas Israel jika rundingan gencatan senjata selama 72 jam yang diadakan di Kaherah sebelum ini gagal dicapai.

Associated Press (AP) melaporkan, perkara tersebut dinyatakan oleh jurucakap sayap tentera Hamas, Briged Izzudin al-Qassam, Abu Ubaidah dalam siaran televisyen hari ini.

“Kami merayu kepada delegasi Palestin agar tidak menerima pelan genjatan senjata kecuali kita berpuas hati dengan tuntutan rakyat Palestin,” katanya sambil menegaskan pejuang Hamas bersedia bila-bila masa untuk kembali ke medan perang.


Gencatan senjata selama 72 jam atau tiga hari sejak Selasa lalu mengakhiri pertumpahan darah yang berlarutan empat minggu dengan menyaksikan 1,886 rakyat Palestin terbunuh, manakala 67 tentera Israel maut.

Setakat ini, Hamas dan Israel gagal dalam rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata itu.

Abu Ubaidah berkata, antara tuntutan utama Hamas ialah agar pelabuhan di Gaza dibuka semula.

“Kami tidak akan bersetuju untuk menghentikan perang tanpa ada satu jalan penyelesaian yang muktamad bagi mengakhiri keganasan Israel terhadap Gaza,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...