Translate

Memaparkan catatan dengan label Gaza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gaza. Papar semua catatan

09/08/2014

Hamas memberi amaran akan meneruskan serangan ke atas Israel


Hamas memberi amaran akan meneruskan serangan ke atas Israel jika rundingan gencatan senjata selama 72 jam yang diadakan di Kaherah sebelum ini gagal dicapai.

Associated Press (AP) melaporkan, perkara tersebut dinyatakan oleh jurucakap sayap tentera Hamas, Briged Izzudin al-Qassam, Abu Ubaidah dalam siaran televisyen hari ini.

“Kami merayu kepada delegasi Palestin agar tidak menerima pelan genjatan senjata kecuali kita berpuas hati dengan tuntutan rakyat Palestin,” katanya sambil menegaskan pejuang Hamas bersedia bila-bila masa untuk kembali ke medan perang.

12/07/2014

SERANGAN TERBARU DI GAZA




Kemusnahan akibat serangan


29/01/2013

ISU NASHARUDDIN : KENYATAAN 2 PEMIMPIN YANG TIDAK MUNGKIN DISIARKAN DALAM LIDAH RASMI PEMBANGKANG!

 Nasharudin baru tahu dipecat dari Majlis Syura PAS menerusi media...perjuangan jalan terus!
Sinar Harian telah menyiarkan kenyataan DS Najib Razak tentang pemecatan Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat kerana memberi keuntungan kepada Umno daripada menguntungkan Pas ekoran lawatannya ke Gaza.

Beliau berkata, Nasharudin tidak pernah berbincang dengannya mengenai soal parti dalam pertemuan mereka dan juga tidak menidakkan mana-mana parti.

Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.Justeru beliau juga berkata, Pas perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.

25/01/2013

Israel dan Anwar Marah Kerana DS Najib Melawat Palestin

Anwar Ibrahim merestui jentera medianya untuk mengeji tindakan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak melawat Palestin bagi menunjukkan sokongan terhadap proses perdamaian di negara bergolak tersebut.

Media pakatan pembangkang memetik berita Israel yang sudah tentu mengeji dan sentiasa membantah apa sahaja gerakan yang akan memberi manfaat kepada Palestin.

23/01/2013

USTAZ NUAR, NIK AJIS DAN HADI MEROYAN TIDAK DAPAT PERGI KE GAZA!!!


UMUM tahu, jiwa Nik Aziz dan Hadi Awang tidak tenang sekarang ini, semuanya gara-gara isu kalimah Allah dan Amanat Hadi yang menghambat kepimpinan PAS dengan begitu hebat.

Sebut pasal kalimah Allah sahaja, itu sudah 3 kali PAS putar cakap, boleh 2010, boleh 2012 dan terakhir, tak boleh 2013, mana tak pening kepala 2 orang tua itu.

Kini, ada masalah baru menanti, Ahli Parlimen PAS kawasan Bachok, Nasharudin Mat Isa pula dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan ke Gaza.


14/12/2012

Ustaza Mee Segera hampir kepenghujung 'GILA'

afhlin

Abby Abadi Patut Malu Pada Afdlin Shauki


Kalaulah “ustazah segera” PAS, Abby Abadi dengar apa yang dikatakan selebriti dan pelakon serba boleh terkenal, Afdlin Shauki, sudah tentu dia akan meroyan lagi di laman sosial twitternya sebagaimana selalu.

Bukan apa, Abby sebelum ini mempertikaikan tindakan beberapa artis dan selebriti tanahair yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, termasuk Afdlin Shauki sendiri serta mengaitkan misi tersebut dengan sentimen politik.

Abby turut mempersoalkan niat misi tersebut sama ada untuk “berjalan-jalan” seolah-olah makan angin di wilayah bergolak itu, sekadar mengibarkan bendera dan mempertikaikan peserta misi yang menyokong UMNO.

08/12/2012

Tun Mahathir Bangga Rakyat Pelbagai kaum Sertai Misi Kemanusiaan Gaza

SEPANG: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bangga rakyat Malaysia pelbagai kaum menyertai misi kemanusiaan 'Gelombang Kedua Laluan ke Gaza: Misi Kemanusiaan' untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza.
Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) berkata rombongan seramai 64 sukarelawan daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India menunjukkan rakyat di negara ini prihatin terhadap penderitaan penduduk Gaza.
"Penduduk di negara ini melihat pergolakan di negara itu sebagai satu penganiayaan terhadap manusia.

20/11/2012

Perang Israel-Hamas: Nak Ingatkan, Pelindung Keselamatan Israel Ada Sini

anwar_support_israel
KONFLIK di Semenanjung Barat melibatkan pasukan tentera Israel dan Hamas, dijangka bertukar menjadi perang pada bila-bila masa dari sekarang sebaik ribuan askar Israel yang berkumpul di sempadan Gaza-Israel, menyeberang masuk.

Sudah tentu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong Israel dalam konflik ini kerana yang disebut-sebut ‘bakal’ menjadi Perdana Menteri, Kohen (paderi dalam bahasa Hebrew) Anwar Ibrahim sudah tercatat dalam sejarah sebagai salah seorang pelindung keselamatan Israel yang tersohor di dunia.
Kita kena banggalah, sebab bukan calang-calang orang boleh dapat pengiktirafan yang sebegitu tinggi dari puak yahudi ini, dalam sejarah Malaysia, Anwar jadi yang pertama dan mungkin terakhir mendapat pengiktirafan tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...