Jumaat, 14 Disember 2012

Ustaza Mee Segera hampir kepenghujung 'GILA'

afhlin

Abby Abadi Patut Malu Pada Afdlin Shauki


Kalaulah “ustazah segera” PAS, Abby Abadi dengar apa yang dikatakan selebriti dan pelakon serba boleh terkenal, Afdlin Shauki, sudah tentu dia akan meroyan lagi di laman sosial twitternya sebagaimana selalu.

Bukan apa, Abby sebelum ini mempertikaikan tindakan beberapa artis dan selebriti tanahair yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, termasuk Afdlin Shauki sendiri serta mengaitkan misi tersebut dengan sentimen politik.

Abby turut mempersoalkan niat misi tersebut sama ada untuk “berjalan-jalan” seolah-olah makan angin di wilayah bergolak itu, sekadar mengibarkan bendera dan mempertikaikan peserta misi yang menyokong UMNO.

Pada Abby, peserta misi bantuan kemanusiaan di Gaza yang menyokong UMNO itu digambarkan seolah-olah “buta”?

Sekembalinya Afdlin dari misi tersebut, artis itu ditemubual media dan diminta memberi komen atas kelantangan Abby yang mempertikaikan tindakan rakan-rakan artis itu ke negara yang dizalimi rejim Zionis Israel itu.

Pendek saja komen Afdlin, namun cukup mendalam…

“Saya tak ambil hati langsung dengan apa yang Abby cakap. Apa yang saya buat sekarang ini hanya fokus kepada rakyat Palestin. Dia (Abby) pun dah masuk perjuangan Islam, saya mendoakan yang terbaik buatnya,” kata Afdlin kepada media alternatif terkenal, Mynewshub.my.

Entahlah. Pada saya, komen Afdlin itu begitu ikhlas dan tepat dengan tujuan bantuan misi membantu umat Islam di Palestin itu.

Dia sikit pun tidak menghiraukan kata-kata Abby yang meroyan tak tentu hala dan tidak mengutamakan kepentingan umat Islam yang terus menderita dek kezaliman rakan baik “dewa” pembangkang, Anwar Ibrahim.

Malah, Afdlin dengan rasa rendah diri masih mampu mendoakan yang terbaik untuk Abby yang kononnya kini memperjuangkan “Islam”.

Itulah bezanya cara dan budaya pemikiran antara dua artis. Seorang (Abby) menyokong PAS dan seorang lagi (Afdlin) menyokong UMNO secara terbuka. Sangat berbeza, bukan?

Saya tidak pasti yang mana satu artis yang memiliki prinsip, pegangan atau akhlak yang lebih baik di mata para peminat dan rakyat Malaysia.

Namun pada saya, saya lebih kagum pada Afdlin Shauki yang berani untuk menyertai misi ke Gaza meskipun menyedari pelbagai risiko yang bakal dihadapi di negara Islam tersebut.

Persoalannya, tidak bolehkah Abby Abadi mengenepikan dahulu tentang soal sokongan politik dan memikirkan sesuatu yang mendahulukan Islam dan semangat persaudaraan Islam lebih dari yang lain?

Dalam soal misi bantuan ke Gaza, Abby sepatutnya lebih fokus dalam usaha membantu saudara-saudara Islam di sana yang dizalimi dan bukannya mempersoalkan tindakan atau misi bantuan yang dihulurkan mana-mana pihak.

Tidakkah Abby boleh berfikiran terbuka?

Alangkah baiknya jika Abby sendiri tampil menawarkan diri untuk menyertai misi bantuan ke Gaza bersama Afdlin dan rakan-rakan artis yang lain dan tidakkah dia rasa malu dengan tindakannya mempertikai usaha murni pasukan misi yang disertai rakan-rakannya itu?

Pada saya, usaha misi tersebut jauh lebih baik dari apa yang dilakukan PAS yang hanya “melalak” di dalam negara tanpa sebarang usaha membela nasib umat Islam Palestin di sana.

Melihat pada akhlak yang Abby tunjukkan dan “fatwa-fatwa” karutnya sejak menyertai PAS, saya rasa tidak hairan jika Norman Hakim cari yang lain. Jelas sekali cara pemikiran Abby bersumberkan “kepala lutut” dan bukan dari akal yang dikurniakan Allah SWT…

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...