Translate

14/12/2012

PAS Cemar Islam Dengan Peraturan Yang Zalim

KB01_111212_GERAKAN
Ekoran tidak cukup ilmu dan zalim, PAS sanggup mencemar keadilan hukum yang diturunkan Allah melalui Al-Quran sehingga ramai golongan bukan Islam yang tampil menunjukkan protes mereka terhadap peraturan yang dikuatkuasakan Nik Aziz di Kelantan.

Kononnya, kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS itu fikir bahawa peraturan yang mereka laksanakan berkenaan pusat salun dan kedai gunting rambut di negeri Kelantan itu cukup Islamik, tapi jelas ia hanya menjejaskan kreadibiliti hukum Islam.

Dalam peraturan tersebut, Kerajaan Nik Aziz itu menggariskan supaya mana-mana pekerja berjantina perempuan di pusat salun dan seumpamanya dilarang untuk memberi khidmat pelanggan lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Kononnya, dengan peraturan itu maka tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim di kedai-kedai gunting rambut itu.

Namun peliknya, peraturan itu turut dikenakan terhadap golongan bukan Islam di mana beberapa pusat salun telah disaman penguatkuasa kerana melanggar peraturan yang kononnya “holistik” tersebut.

Keadaan itu telah menyebabkan DAP melalui Karpal Singh, MCA, Gerakan dan banyak lagi pihak bukan Islam yang tampil menggesa agar kezaliman peraturan Kerajaan PAS Kelantan itu dikaji semula dengan segera.

Sebenarnya, tujuan Nik Aziz di dalam mengimplementasikan peraturan tersebut memang baik, namun perlaksanaannya jelas tidak teliti sehingga menyebabkan ketidakadilan berlaku, lemah dan seolah-oleh tidak wajar sekali dilaksanakan.

Saya ingin bertanya, apakah salah seorang pendandan wanita yang bukan Islam menggunting rambut seorang lelaki bukan Islam?

Dan apakah salah sekiranya seorang pekerja lelaki india di sebuah kedai gunting rambut menggunting rambut seorang wanita beragama Hindu?

Pada saya, peraturan yang dilaksanakan PAS Kelantan itu jelas menunjukkan sikap mereka yang tidak adil, zalim, tidak faham hukum, tidak majmuk, tidak jaamiq dan maaniq.

Paling sedih dan mengecewakan, perlaksanaan peraturan sebegitu hanya akan mencemarkan keadilan yang terdapat di dalam hukum yang diturunkan Allah dan menunjukkan seolah-olah Islam itu tidak adil untuk dilaksanakan untuk seluruh golongan manusia.

Sepatutnya, peraturan sebegitu hanya dilaksanakan kepada pusat-pusat salun dan seumpanya yang melibatkan pekerja wanita dan lelaki yang beragama Islam sahaja. Manakala bagi mereka yang bukan beragama Islam patut dibebaskan dari peraturan tersebut.

Ia memandangkan kerana golongan bukan Islam tidak terikat dengan perkara dosa atau pahala sebagaimana umat Islam.

Namun begitu, pusat-pusat salun bukan Islam ini wajar dipantau dari masa ke semasa di mana pengusaha-pengusahanya perlu memastikan para pekerja mereka tidak menggunting rambut pelanggan Islam yang berlainan jantina.

Dalam ertikata lain, tukang gunting rambut lelaki hanya gunting rambut pelanggan lelaki Islam dan dilarang untuk mengunting rambut pelanggan muslimah dan begitu juga sebaliknya.

Takkanlah peraturan semudah ini pun PAS Kelantan tidak mampu gubal? Itu pun ada hati nak gubal undang-undang hudud? Nampak gayanya PAS Kelantan macam baru nak kenal Islam pula gayanya.

Inilah akibatnya kalau tidak sedar diri itu jahil dan sombong. Perkara yang mudah sebegitu pun tidak mampu dilaksanakan dengan baik dan hasilnya mereka hanya mencemar imej Islam saja dipandangan golongan bukan Islam.
Itu pun PAS masih lagi mendabik dada kononnnya mereka saja yang Islam? Malulah sikit…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...