Sabtu, 15 Disember 2012

Kenapa Kongres DAP Penuh Kerahsiaan?

ADA sedikit menghairankan kenapa dikalangan balaci Pakatan haram ini kurang nak bercakap tentang Kongres DAP yang bakal berlangsung besok. Contohnya berapa ramai Melayu bertanding, betul ke tidak Karpal Singh akan ditumbangkan dan sebagainya.

Tak minat ke?

Ini berbeza dengan Muktamar PAS dan Kongres Tahunan PKR yang mendapat publisiti meluas dari macai serta media belaan masing-masing. Anehnya bila kena tang DAP, semua pakat-pakat diam buat tak tau, macam tidak ada apa yang berlaku.

Sudahlah Kongres DAP ini diadakan dalam keadaan yang penuh kerahsiaan, entah bila cawangan DAP bersidang, tau-tau dah ada Kongres saja yang siap ada pemilihan lagi.

Adakah ini ada kena mengena dengan dakwaan bahawa publisiti mengenai Kongres ini kurang nak dibuat sebab nak mengelak segala perbalahan dalaman DAP yang dipendam selama ini, berjaya dihidu rakyat?

Perkara ini penting sebab dalam keadaan biasa, DAP juga yang sibu bercakap pasal persidangan MCA, perhimpunan UMNO dan sebagainya, alih bila kena batang hidung dia, semuanya jadi senyap, macam tidak ada apa.

Kebetulan atau apa, sekarang ini memang ada ura-ura perpecahan yang besar akan berlaku dalam DAP yang diketuai Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim dan kuncu-kuncunya. Teng juga baru-baru ini mengkritik pentadbiran Pakatan haram di Selangor, kononnya tidak ada apa yang berubah dalam reformasi perundangan sejak pentadbiran kerajaan negeri di ambil alih pada 2008.

Berita tersebut boleh dirujuk disini.

Sebelum ini, Teng dan kuncu-kuncunya memboikot Kongres DAP Selangor yang diketuai ADUN Kinrara, Teresa Kok atas alasan tidak dimaklumkan lebih awal mengenai kongres tersebut walaupun kemudian diketahui bahawa alasan itu adalah tidak munasabah sama sekali.

Ini baru cerita Teng, jangan lupa, kita ada cerita perbalahan terbuka antara Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor P Ramasamy yang khabarnya masih belum selesai. Anjing suruhan Karpal, RSN Rayer ada perancangan tertentu untuk menjatuhkan Ramasamy yang kini menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung di peringkat DAP pusat.

Sebenarnya ada banyak lagi yang penulis tahu akan berlaku dalam perebutan jawatan kali ini. Tapi biarlah ia berlangsung dulu besok, baru sama-sama kita bincangkan.

Yang rakyat perlu tahu ialah, inilah cara DAP. Dalam dia bercakap soal kebebasan media dan seumpama dengannya, berita tentang perbalahan dalam parti dia sendiri seboleh-bolehnya cuba diselindungkan dari pengetahuan ramai. Konon nak kekal rekod bersih sebagai parti yang paling tidak ada perbalahan dalaman di Malaysia ini.

Hakikatnya, DAP sama macam parti politik lain juga, tidak terlepas dari masalah perebutan kuasa dan cantas mencantas sesama sendiri.

Sumber:mykmnet.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...