Translate

23/01/2013

USTAZ NUAR, NIK AJIS DAN HADI MEROYAN TIDAK DAPAT PERGI KE GAZA!!!


UMUM tahu, jiwa Nik Aziz dan Hadi Awang tidak tenang sekarang ini, semuanya gara-gara isu kalimah Allah dan Amanat Hadi yang menghambat kepimpinan PAS dengan begitu hebat.

Sebut pasal kalimah Allah sahaja, itu sudah 3 kali PAS putar cakap, boleh 2010, boleh 2012 dan terakhir, tak boleh 2013, mana tak pening kepala 2 orang tua itu.

Kini, ada masalah baru menanti, Ahli Parlimen PAS kawasan Bachok, Nasharudin Mat Isa pula dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan ke Gaza.


Itu satu hal, satu hal yang lain lagi.

Sementara orang PAS termasuk Nik Aziz sendiri hanya berani buat bising dalam negara, kononnya membela nasib rakyat Palestin dan menentang kekejaman Israel, Najib ambil risiko dan keluar dari keselesaan di Malaysia ini dengan datang sendiri ke Gaza untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin.

Masuk zon konfliklah lebih kurang cerita.

Sebelum ke Gaza, Najib bertemu Mohamed Mursi, Presiden Mesir yang jadi idola pemimpin Pakatan haram di Malaysia ini kerana dia adalah lambang kejayaan Arab Spring, yang cuba ditiru pembangkang di negara ini melalui kempen Bersih dan HKR, tapi tidak menjadi.

2 kali kecewa disitu.  Puak-puak ini yang kecoh dan gebang lebih, Najib yang jumpa dulu.  Dalam isu Gaza begitu juga, mereka yang hebat berdemo, Najib masuk dalam kawasan itu bertemu Ismail Haniyeh sendiri.

Dahsyat tak dahsyat Presiden UMNO itu. Ketua-ketua balaci boleh buat?

Itu baru suaminya, isterinya pulak begitu juga.  Puak senget otak ini kata Datin Seri Rosmah itu berlagak, tak boleh susah sikit, bermewah-mewah saja taunya, tapi nampak jelas di mata penulis, Rosmah berani ikut Najib masuk ke Gaza.

Calang-calang-calang perempuan boleh buat tu.  Wan Azizah ada, Tuan Sabariah ada, bini-bini Hadi ada?  Confirm tidak ada, cakap gegar-gegar bolehlah.

Semua ini untuk balaci menilai.  Macam-macam kau tuduh Najib dan isteri, ternyata mereka orang-orang yang berani.  Di Gaza, tidak ada kekuatan ketenteraan dan kepolisian Malaysia ini untuk melindungi mereka berdua, tapi itu risiko yang mereka berani ambil, demi menunjukkan sendiri keprihatinan Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

Orang PAS keseluruhannya (kecuali Nasharudin) boleh terus keringkan mulut dengan lidah bercakap, sementara orang UMNO iaitu Presidennya sendiri, masuk, lihat dan buat apa yang patut untuk membantu rakyat Palestin, terutama di Gaza.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...