Selasa, 22 Januari 2013

PELIK TAPI BENAR

Anak panah menunjukkan gambar lembaga yang dirakamkan tanpa disedari oleh Puan Noor Aina
dengan menggunakan telefon bimbit

Marang - Puan Noor Aina Mohd Nor, 38 tahun dari Taman Desa Permai, Seberang Marang, Terengganu menceritakan detik-detik cemas apabila gambar yang dirakamkannya terdapat satu lembaga yang sungguh menakutkan.


Kejadian berlaku pada 18/01/2013 jam lebih kurang 11.30 malam, ketika itu Puan Noor Aina baru saja selesai mengemas rak baru dibahagian dapor yang baru saja siap diselenggarakan.

Puan Noor Aina kemudian telah merakamkan gambar rak baru tersebut dengan menggunakan camera telefon bimbitnya untuk ditunjukkan kepada rakan karib beliau.

Tapi alangkah terkejutnya beliau, apabila gambr yang dirakamkan tadi dilihatnya semula terdapat satu lembaga berupa 'ALIEN' menakutkan, lalu beliau terus melepaskan telefon bimbitnya ke atas simen rumah.

Ahli keluarganya terperanjat diatas tindakan Puan Noor yang bertindak sedemikian.  Puan Noor Aina kemudiannya mengarahkan ahli keluarganya melihat sendiri gambar yang baru dirakamkannya tadi dan mengesahkan melihat lembaga sepertimana yang tertera gambar diatas.

Ahli keluarga Puan Noor Aina termasuk suaminya telah merakamkan semula gambar ditempat yang sama tetapi tidak menampakkan sesuatu.

Namun begitu suami Puan Noor yang bertugas di Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Marang telah berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pakar perubatan tradisional mengenai perkara ini.

Laporan selanjutnya akan dipaparkan kemudian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...