Translate

18/03/2012

Anuar Ibrahim mencemarkan imej Bangsa Melayu dan Malaysia di mata dunia !!!

Image Detail 

Rakyat Palestin ragui Anwar

KUALA LUMPUR 17 Mac - Pergerakan Hamas hari ini menegaskan bahawa sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha bagi memastikan keselamatan negara Israel sebagai satu mesej negatif dan meragukan rakyat Palestin secara keseluruhan.


Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan berkata, bagi rakyat Palestin, sokongan itu menunjukkan terdapat individu tertentu yang bekerjasama dengan Israel, demi kepentingan Israel menduduki sebahagian besar bumi Palestin secara haram.

Katanya, ia secara langsung memberi tanggapan bahawa individu tersebut menentang hak rakyat Palestin yang bangkit untuk mempertahankan tanah air mereka daripada terus diceroboh oleh Israel.

Menurut beliau, sokongan itu juga memberi mesej yang salah kepada Israel kerana rejim Zionis itu kini beranggapan mereka bebas menduduki bumi Palestin secara haram sambil terus memperluaskan jajahan mereka tanpa ditentang atau dihukum masyarakat antarabangsa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...