Malaysia tidak pernah
menjalin sebarang kerjasama terutamanya dari segi ketenteraan dengan Hamas atau
mana-mana pihak di Palestin.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan hari ini berkata, setakat ini
hubungan dan kerjasama dengan Palestin merupakan hubungan diplomatik,
perdagangan dan kebudayaan sahaja.
"Malaysia juga merupakan
penyokong kuat pejuang Palestin dari segi moral dan bantuan kemanusiaan.
"Sokongan padu rakyat Malaysia
ini adalah kerana hubungan baik antara pemimpin Malaysia dan Palestin yang
telah terjalin sekian lama dan ada kemungkinan ini menyebabkan Israel tidak
berpuas hati," katanya.
