Translate

02/08/2014

CARA MANA PUN ANWAR MAHU HANCURKAN MALAYSIA - ADAKAH INI JUGAK RANCANGAN ANWAR ???


Malaysia tidak pernah jalin kerjasama ketenteraan dengan Hamas, kata Zahid Hamidi
Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama terutamanya dari segi ketenteraan dengan Hamas atau mana-mana pihak di Palestin.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan hari ini berkata, setakat ini hubungan dan kerjasama dengan Palestin merupakan hubungan diplomatik, perdagangan dan kebudayaan sahaja.
"Malaysia juga merupakan penyokong kuat pejuang Palestin dari segi moral dan bantuan kemanusiaan.
"Sokongan padu rakyat Malaysia ini adalah kerana hubungan baik antara pemimpin Malaysia dan Palestin yang telah terjalin sekian lama dan ada kemungkinan ini menyebabkan Israel tidak berpuas hati," katanya.

Baru-baru ini sebuah akhbar dalam talian The Jerusalem Post memetik kononnya seorang anggota Hamas Cell mengakui Malaysia adalah tempat latihan menyeludup dan membuat serangan sempadan negara dengan menggunakan payung terjun.
Laporan itu juga memetik kononnya anggota Hamas terbabit memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka turut dilatih tentang cara menculik anggota tentera dan ia adalah sebahagian persiapan Hamas untuk menentang serangan darat pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza.
Zahid menjelaskan Israel perlu membuktikan dakwaan serius itu yang jelas timbul setelah semakin banyak negara dan masyarakat antarabangsa mengecam keganasan tentera Israel dalam serangan ke atas bumi Gaza.
Serangan tersebut  sehingga kini mengorbankan 1,300 nyawa rakyat Palestin terutamanya dalam kalangan wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa, katanya.
Beliau menambah, agensi perisikan Israel, Shin Bet cuba merangka propaganda sebegini demi mencemarkan nama baik Malaysia dengan tuduhan tidak berasas.
Ini adalah percubaan untuk menutup malu mereka kerana gagal berdepan dengan pejuang-pejuang Hamas di Gaza, kata Zahid. – Bernama, 1 Ogos, 2014.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...