Isnin, 19 Mac 2012

Anwar Gembira Jumlah Kematian Akibat Keganasan Israel Meningkat

anwar_nentayahu 

MENURUT sumber yang boleh dipercayai dari Segambut Dalam dan Tropicana, Anwar telah menyatakan rasa bangganya atas kejayaan pasukan tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 30 orang dalam satu serangan udara di Gaza semalam.


Tidak cukup dengan itu, Anwar juga dikatakan mengutus kawat ucapan tahniah (melalui pihak ketiga kerana kerajaan Malaysia sekarang tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel) kepada Rav-AlufBenny Gantz sebagai pemerintah tertinggi Israel atas kejayaan tersebut.  (Rav-Aluf adalah gelaran tertinggi, setaraf Jeneral 5 Bintang dalam pasukan pertahanan Israel (IDF)).
Sumber menyatakan, ucapan tahniah ini adalah selari dengan polisi dan dasar Anwar nanti untuk “melindungi keselamatan Israel” seperti dinyatakannya dalam temuramah dengan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) bulan lepas.

Anwar juga dalam kawat tahniah tersebut menuntut lebih banyak korban di pihak Palestin agar keselamatan Israel lebih terjamin.  8 serangan udara yang dilancarkan semalam, tidak cukup bagus dan cukup efektif untuk ‘melindungi keselamatan Israel’.

Anwar pada bila-bila masa dikatakan sudi berkongsi pandangan dan buah fikiran bagaimana untuk membaiki prestasi pasukan tentera Israel agar serangan itu nanti akan menepati polisi ‘melindungi keselamatan Israel’.
Anwar bagi pihak rakyat Malaysia yang diwakilinya meminta maaf atas kecaman kerajaan Malaysia sekarang ke atas Israel berhubung dengan serangan tersebut dan meminta agar pihak Israel tidak berkecil hati dan sedih.

Mengambil sedikit petikan dalam kawat tahniah tersebut “אני מתנצל על לקלל הרשויות במלזיה להתקפה. אני מבטיח באופן מיידי למשוך ביקורת לימים ראש הממשלה”
Maaflah sebab penulis petikan Anwar itu dalam bahasa Hebrew tapi menurut sumber, sesiapa yang ‘melindungi keselamatan Israel” perlu fasih bercakap dan menulis dalam bahasa itu.

Tapi dengan pertolongan Mr. Google, tejermahannya lebih kurang Saya memohon maaf atas kutukan pihak berkuasa Malaysia ke atas serangan tersebut.  Saya berjanji akan menarik balik kecaman itu sebaik menjadi Perdana Menteri nanti.

Sumber: mykmu.net

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...