Sudah terang yang sebenarnya dimahukan oleh puak-puak yang kononnya memperjuangkan alam sekitar ini adalah 'regime change'. Ini diakui sendiri oleh mereka selepas gagal dengan isu Lynas mengancam kesihatan, sehingga mahu menukar fokus kepada jatuhkan kerajaan atau 'regime change' pulak.
Patutnya umum dari awal lagi, biar terang, bahawa perjuangan mereka adalah hendak jatuhkan kerajaan BN, tidak payah perbodohkan rakyat dengan berselindung disebalik kempen-kempen pro alam sekitar sepetri kes Lynas di Kuantan dan Rapid di Pengerang.