Translate

31/07/2016

BENARKAH PEGAWAI SPRM PRO SHUKRI & BAHRI AKAN LETAK JAWATAN JIKA DZULKIFLI AHMAD DILANTIK KP SPRM?

Sebelum pengumuman pelantikan KP SPRM yang baru pada 29 Julai 2016 desas-desus pegawai SPRM pro Shukri dan Bahri meletak jawatan sudah didengari. Mengapa agaknya? takut pegawai dari luar? Atau legasi bakal berakhir.

Admin dapat sumber sahih Datuk Bahri Mohd Zin rupanya melobi untuk menjadi KP SPRM. Nampak usaha itu tidak berjaya. Admin sejak dua bulan lalu sudah mendedahkan bakal KP SPRM adalah Datuk Dzulkifli Ahmad seorang Peguam dari pejabat Peguam Negara yang punya kepakaran dalam pendakwaan kes.

Tentunya kehadiran Dzulkifli memberi nafas baru kepada SPRM yang selama ini lembap dalam bidang pendakwaan. Terkeluarnya Abu Kassim, Shukri bermakna Team A dan Team B serta puak puak dalam SPRM bakal berakhir. Yang tinggal hanyalah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas.

Dzulkifli pastinya akan memasukkan orang yang sesuai untuk TKP Operasi dan Pencegahan. Pastinya juga beliau akan merombak beberapa bahagian agar berfungsi mengikut arahannya. Beliau juga perlu membuang segala duri dalam daging di SPRM.

Ini yang ditakuti oleh puak puak Shukri dan Bahri.

Beranikah para pegawai SPRM meletak jawatan? tentunya pemantauan dilakukan khususnya bagi mengelakkan dokumen-dokumen dibawa lari oleh mereka.

Sama-sama melihat apa drama seterusnya.

Sumber: CaptainM

30/07/2016

ADAM ROSLY BUDAK MAK LAMPIR KAYA RAYA DAPAT ANUGERAH 'DATO'.

APA JASA ADAM ROSLY DI PAHANG?

Kontroversi 2013 di Ampang mengingatkan pengundi di sana berkenaan seorang macai bernama Adam Rosly yang pernah menyeleweng sumbangan seorang tokoh korporat bergelar 'Tan Sri' untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan RATUSAN RIBU RINGGIT MALAYSIA lesap entah ke mana. Perkara ini pernah dibicarakan di dalam pelbagai blog pada tahun tersebut.

Adam ketika itu cuba menapak di dalam PAS Pandan diselamatkan oleh Zuraida selepas ditolak oleh kepimpinan PAS. Akhirnya selepas pemilihan PKR, beliau berjaya menjawat jawatan Ketua AMK atas dasar 'arahan' Zuraida.

29/07/2016

AKHIRNYA DATUK DZULKIFLI AHMAD KP SPRM YANG BARU. TAHNIAH

Pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad bakal menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengumuman mengenainya dijangka dibuat Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Jumaat.

Bagi Captain M, kita sudah menjangka Datuk Dzulkifli Ahmad akan menggantikan Tan Sri Abu Kassim. Beliau amat sesuai membersihkan SPRM dan mempercepatkan urusan pendakwaan kerana pengalaman beliau sebagai Pegawai Kanan di pejabat Peguam Negara.

27 Mei 2016
23 Jun 2016

Semoga kes kerjasama SPRM dan FBI akan terungkai segera. Begitu juga kebocoran maklumat SPRM selama ini. Budaya berpuak-puak SPRM yang memburukkan kepimpinan Tan Sri Abu Kassim. Beliau pemimpin yang cemerlang namun gagal mengawal pegawai-pegawainya yang terbawa-bawa antara ideologi kepartian dan tugasan.

28/07/2016

SPRM KANTOI!!! GANI PATAIL ARAH SPRM BERI MAKLUMAT BERBEZA KEPADA FBI?

Hari ini Pemuda Umno melalui Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Khairul membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Ada banyak kritikan kepada beliau berhubung laporan itu. Ada yang berkata mengapa perlu mencipta musuh baru. Walau apapun kritikan kepadanya kita harus bersetuju beberapa perkara mengenai laporan itu. Sebagai Mantan Ketua Jabatan 3 individu yang dilapor mempunyai kuasa dan akses kepada dokumen tertentu.

Ini bukan kali pertama pegawai SPRM mendatangkan kecurigaan. Kes kebocoran dokumen Siasatan IMDB tahun lalu sehingga kepada tangkapan PDRM dan pemindahan Datuk Bahri Mohd Zin (Pengarah Operasi Khas SPRM) dengan beberapa pegawai SPRM pun masih tidak selesai. Sekadar ditutup untuk meredakan keadaan. Begitu juga tindak tanduk Shukri Abdull ( TKP SPRM) yang mencurigakan.

27/07/2016

Apa Yg Mahathir Bimbangkan LHDN Periksa Kroni-Kroninya?


Dalam 'rungutan' terbaru Mahathir, dia mendakwa keluarga dan kawan-kawannya di ganggu oleh pihak kerajaan, rekod cukai mereka diperiksa dan sebagainya. Tidak pulak dinyatakan pihak mana satu yang dimaksudkan tapi sebab perkataan cukai disebut, besar kemungkinan LHDN la kot.

Takkan Kastam? Tak tahulah kalau yang dimaksudkan tu syarikat.

Penulis tak pasti apa yang salah dengan pihak berkuasa seperti LHDN memeriksa rekod cukai kawan Mahathir, semua orang pun kena macam tu apa, nak hairan apanya?

25/07/2016

BEGITU HEBAT FBI UNTUK AMBIL TAHU HAL NEGARA LUAR TAPI 113 EMEL SULIT HILLARY CLINTON CALON PRESIDEN AS (DEMOKRAT) FBI TAK BERANI DAKWA!

Streotaip AS Hebat! AS adalah negara yang 'membuktikan' terdapat Weapon of Mass Destruction di Iraq sehingga negara itu hancur diserang. Bagaimanapun selepas Iraq hancur, barulah dunia tahu sebenar tiada senjata begitu di Iraq dan ia semata-mata penipuan AS. Betapa hebatnya AS, FBI, CIA dan segala organisasi dia ada, teknologi begitu canggih, tetapi masih gagal mencari pesawat MH370.

Betapa hebatnya FBI untuk mengesan akaun orang lain di seluruh dunia tapi sangat #ironis emel Hillary Clinton 113 emel sulitnya dengan beberapa dokumen rahsia kepada Lorreta Lynch mereka gagal mentafsir sebagai satu jenayah dan rasuah memandangkan Lorreta Lynch turut bertemu dengan bekas Presiden Bill Clinton (suami Hilllary) di landasan sebuah lapangan terbang di Arizona cubaan menyelamatkan isterinya.

23/07/2016

MAHATHIR SANGGUP UPAH AMERIKA DEMI ANAK & KRONI?

DEMI ANAK & KRONI, MAHATHIR SANGGUP UPAH AMERIKA? DULU BAYAR USD1.2 JUTA KEPADA JACK ABRAMOFF KINI HANTAR TEAM KE US BAYAR JABATAN KEHAKIMAN AS?

[Raja Petra sendiri mengaku apa yang dilakukan Anwar dan dia dibayar tidak sampai RM1juta untuk membuat bising].

Raja Petra Kamaruddin dalam entry terbarunya di MalaysiaToday berkata kes saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika terhadap beberapa nama yang dikaitkan dengan IMDB janganlah merasa teruja. Katanya diam pernah melihat keterujaan seperti ini tidak lama dahulu yang kemudiannya mati dengan begitu sahaja. 

Contohnya kononnya kes mahkamah di Perancis. Ia diwar-warkan sebagai perbicaraan terbuka mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibbu tetapi hanyalah kes tertutup dalam kamar beberapa individu yang dikaitkan dengan rasuah kapal selam. Katanya dia tertipu.

PEGUAM NEGARA AS DI BAYAR PELOBI MALAYSIA UNTUK SAMAN SIVIL?

PETISYEN LETAK JAWATAN LORETTA LYNCH PEGUAM NEGARA AS KUMPUL LEBIH 100 RIBU TANDATANGAN DALAM MASA 20 HARI.

American Center for Law and Justice telah mengadakan petisyen letak Jawatan Loretta Lynch Peguam Negara Amerika Syarikat kerana terlibat bersekongkol dengan Bekas Presiden Bill Clinton. Petisyen "Attorney General Loretta Lynch must resign" itu telah mengumpul lebih 100 ribu tandangan dalam masa 20 hari.

21 Julai lalu Loretta Lynch mengumumkan kes saman Sivil kepada beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative. - merampas aset-aset yang dianggap sebagai aktiviti penggubahan wang haram.

22/07/2016

Hina Betul Mukhriz, Parti Bapak Dia Sendiri Tubuh Pun Layak Jadi Naib Presiden Saja

Mengikut senarai ahli majlis tertinggi parti baru yang Mahathir bakal tubuhkan, seperti tersebar Sabtu lepas, Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai salah seorang dari Naib Presiden parti tersebut. Sementara Muhyiddin dilantik sebagai Presidennya.

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, masih tidak ada sebarang penafian dari Mukhriz mahupun Muhyiddin, sehingga itu berlaku, anggap betul sajalah senarai tu.

Nampak sangat Muhkriz ni tak berguna, sehingga dalam parti yang bapak dia sendiri tubuhkan pun, dia hanya diletak sebagai Naib Presiden, Timbalan Presiden pun bukan.

19/07/2016

PANAS !!!!! ZURAIDA SEMBUNYIKAN MERCEDES BENZ S280 ???

Taktik Zuraida sudah dijangka beliau tidak mungkin mengaku kenderaaan kesembilan BNT 9138 milik syarikat Hanspec Sdn Bhd sebagaimana pendedahan sebelum ini.

Namun Zuraida mengaku jua 8 kenderaan yang didedahkan adalah miliknya. Ketika TV3 mendedahkannya Zuraida sudah bersedia untuk menafikan memandangkan kereta berkenaan tidak didaftarkan atas nama Zuraida berbanding kenderaan lain termasuk 4 kenderaan mewahnya.

17/07/2016

SKANDAL MAHYUDDIN YASSIN TERBONGKAR DEMI RAKYAT KE POKET SENDIRI ???

MUHYIDDIN BUKAN SAJA SAPU RM4BILION #BESTARINET YTL TETAPI BOLOT JUGA '#BIOMETRIC SYSTEM' RM 912 JUTA KEPADA MENANTUNYA? DEMI RAKYAT KE POKET SENDIRI?

Ada macai dari Sabah selepas pendedahan rasuah dan lagak suci Shafie Apdal terus melompat, terus caci maki dan merasa marah bila nabi Semporna mereka Shafie dicuit. Macai itu kata Captain M adalah orang Musa Aman yang dibayar. Captain M ( Captain Musa). Kasihannya mereka. 

Jika mereka melihat keseluruhan page Captain M ini kisah pendedahan Lim Guan Eng, PRN Sarawak, PRK KK/Kuala Selangor, pendedahan kelemahan SPRM, dalang SPRM, rasuah manikavasagam PKR dan terbaru Rasuah Zuraida Kamarudin MP Ampang PKR dengan kekayaan kereta, banglo serta proksinya. 

16/07/2016

PERADUAN MENAMAKAN PARTI BARU MADEY HADIAH LUMAYAN

Dalam keadaan yang boleh ditafsirkan sama seperti rumah kata pergi, kubur kata mari, Mahathir rupanya masih bernafsu untuk terus kekal relevan dalam politik Malaysia dengan menubuhkan sebuah parti baru.

Mahathir mahu mencari nama parti dan hendaklah kita beramai-ramai mendermakan idea untuk nama parti baru itu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Biasalah, Mahathir kedekut.

15/07/2016

PENDAPAT TUAN IBRAHIM MENGATASI TUAN GURU HAJI AB HADI

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan rasmi hari ini menggesa seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong PAS supaya kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti cauvanis DAP.

Beliau yang merupakan pemimpin tertinggi PAS tetapi pro-Pakatan Harapan `dalam diam ‘ menegaskan PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi bersama-sama menyerang parti Melayu UMNO.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS melupakan segala perbuatan dan cacian hina yang pernah dilemparkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) ke atas parti Islam itu demi memperoleh kuasa.

14/07/2016

Muhyiddin Sesuai Jadi Burung Kakak Tua, Bukan Manusia

Ketika mula berpakat dengan Mahathir untuk menyerang Datuk Sri Najib Tun Razak termasuk mendesak beliau untuk berundur, sehinggalah dipecat, isu surat Bank Negara kepada PAC berhubung 1MDB ini, tidak pernah ditimbulkan Muhyiddin.

Lagipun apa isunya Muhyiddin lawan Najib mula-mula dulu? Konon ada penyelewengan dilakukan Perdana Menteri dalam isu 1MDB, apa surat dari Bank Negara itu tidak timbul.

Sekarang PAC (bi-partisan) sendiri sudah mendapati Najib tidak bersalah mahupun terlibat dengan sebarang salah laku dalam 1MDB, itu yang pentingnya. Soal surat dan sebagainya ni, apa kena mengena pulak?

13/07/2016

PANAS!!!!!: ZURAIDA SAPU BERSIH PROJEK DI PBT MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

SELEPAS TERDEDAH KEKAYAAN ZURAIDA DENGAN PEMILIKAN KENDERAAN MEWAH DAN DITAJA "TAUKEH" KINI PROKSI ZURAIDA DI PBT MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR PULA TERBONGKAR! PROJEK TANAH, KUTIPAN SAMPAH, PENYELENGGARAAN & BANYAK LAGI SEMUA DISAPU?

Captain M mendapat emel dari seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan mendedahkan proksi utama Zuraida Kamaruddin Timbalan Ketua PKR Selangor di Majlis Daerah Hulu Selangor.

Sebagaimana pendedahan Captain sebelum ini mengenai penguasaan Zuraida terhadap projek PBT menggunakan kuasa Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Ia turut disahkan dalam kenyataan media CheGuBARD pada 9 Julai mendesak Zuraida Kamaruddin tampil menjelaskan pemilikan 9 kenderaan termasuk sebuah Mercedes Benz S280 atas milik "taukeh" syarikat.

12/07/2016

ZURAIDA SEMAKIN CUAK, PENJARA MENGHANTUINYA

Ketika Captain M mendedahkan rasuah Zuraida pada 16 dan 19 Jun lalu Zuraida Kamaruddin MP Ampang memberi respon mencabar Captain M untuk tampil ke depan sebagai "anak jantan". Kenyataan media Zuraida turut dikongsi oleh pelbagai portal seperti Ismaweb, BNBBC, dan blog-blog. KLIK DISINI

Zuraida memperlekeh Pendedahan Captain M. “Saya tak faham khabar angin seperti itu. Kalau dia anak jantan, dia berani, sila datang kemukakan bukti.

“Saya tak nak rendahkan martabat saya melayan orang-orang yang buat cerita dan fakta tak betul,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Ia disusuli Pendedahan blog masterdedah.com  KLIK DISINI mengenai 9 buah kenderaan milik Zuraida majoritinya kenderaan mewah. sehinggalah kes Zuraida mendapat hadiah kenderaan Mercedes dari sebuah syarikat berpendapatan RM4.6 juta setahun. KLIK DISINI

10/07/2016

SALAHLAKU RASUAH ZURAIDA KAMARUDDIN @ MAK LAMPIR KE TAHAP SERIOUS

Nama: ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
NO.KP: 580314-71-5206
Alamat: LOT 98, LORONG TANJONG 9, KAMPUNG MELAYU AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR
No/phone: 019-3854238
Email: ampang@parlimen.gov.my 
Facebook : 
https://www.facebook.com/zuraida.kamaruddin.58
Twitter : 
https://twitter.com/ybz99

1. Laporan ini bertujuan untuk melaporkan salahlaku rasuah YB Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita PKR Malaysia dan Timbalan Pengerusi PKR Selangor. Zuraida adalah orang kuat Azmin Ali MB Selangor.

2. Rentetan pendedahan Rafizi bahawa berlakunya rasuah dan juga adanya habuan seks oleh pendokong dan penggerak Azmin ( Karten Azmin - istilah Rafizi) yang telah dilaporkan kepada SPRM baru-baru ini oleh Rafizi.

09/07/2016

Yang Terang Rasuah Taknak Pulak Mahathir Desak Berhenti

Untuk menjustifikasikan tindakannya menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB dan dana RM 2.6 billion, Mahathir menjadikan alasan pemimpin yang terbabit rasuah tidak wajar menjadi Perdana Menteri.

Ini soal prinsip katanya, bukan peribadi.

Begitu juga ketika keluar dari UMNO, pun alasannya kerana Mahathir tidak mahu berada dalam parti yang dipimpin seorang 'perasuah' seperti Najib.

Walhal setelah siasatan dijalankan, tidak ada bukti sama sekali yang menunjukkan Najib ini terlibat dengan rasuah atau penyelewengan tapi bukan Mahathir peduli, dia percaya apa yang dia nak percaya saja.

08/07/2016

AMANAH KEMARUK PEMIMPIN KITAR SEMULA

Adakah tempoh ‘asmara pandang pertama’ di antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Pakatan Harapan (PH) akan terencat apabila diselar oleh Solidariti anak muda (SAMM) yang amat sensitif soal nilai perjuangan?

SAMM dengan lantang menjerkah ‘masalah komunikasi’ di kalangan pemimpin-pemimpin PH yang 'tergila-gilakan' Muhyiddin yang baru ditalak Umno sebagai Timbalan Presidennya.

Sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memang amat sensitif soal nilai dan amalan budaya politik, SAMM menolak pandangan Amanah yang dilaporkan menyokong idea Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baru.

Mahathir, Muhyiddin akan sertai Umno semula lepas misi jatuhkan Najib berhasil

07/07/2016

JIJAH KIPAS MAKAN ELAUN HARAM TIDAK MELAKSANAKAN TUGAS ???

KAJANG: Sudah lapan tahun PKR diberi peluang menjaga DUN Kajang, namun hingga kini masalah banjir di kawasan itu masih belum berjaya diselesaikan dengan berkesan.

Justeru, Pengerusi MCA Hulu Langat, Datuk Lee Ban Seng meminta pengundi DUN Kajang membuka mata dan menilai adakah tindakan memilih PKR untuk mewakili mereka selama ini satu keputusan yang betul?

Masalah banjir ini sejak 2008 dimana PKR ambil kerajaan negeri sejak dari itu sampai sekarang sudah 10 kali lebih banjir serius melanda kawasan Kajang. Tetapi masalah ini masih tidak dapat ditangani, kami mahu (rakyat) kaji balik kerana sudah lapan tahun, bukan dua tahun (dalam pimpinan Wan Azizah).

04/07/2016

Serangan bom tangan sah angkara IS

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan serangan bom tangan terhadap sebuah pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya, Puchong dekat sini pada 28 Jun lalu, didalangi kumpulan militan Negara Islam (IS), di negara ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata serangan itu dipercayai dilakukan atas arahan seorang ahli IS warga Malaysia yang kini berada di Syria, dikenali sebagai Muhamad Wanndy Mohamad Jedi. "Kita sudah menahan dua lelaki yang disyaki mendalangi serangan itu dan sedang memburu dua lagi rakan mereka. 

"Kedua-dua mereka ditahan di Pelabuhan Klang pada 1 Julai lalu dan dua lagi rakan subahat mereka sudah dikenal pasti identitinya," katanya pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi. 

Katanya lagi, susulan kejadian itu juga, polis sudah menahan 15 individu yang disyaki ada kaitan dengan kegiatan IS di negara ini TERMASUK DUA ANGGOTA POLIS. Khalid berkata, tujuh suspek ditahan di Kedah, Selangor (empat), Kuala Lumpur (dua) dan masing-masing seorang di Melaka dan Pulau Pinang.

Sumber: KLIK DISINI

Lim Guan Eng Bukanlah Anak Jati Pulau Pinang Perlu Dihalau Keluar

Ketika ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sibuk menyalahkan Barisan Nasional (BN) itu dan ini dalam isu pembelian banglo miliknya.

Dia boleh berkata apa sahaja. Biarlah undang-undang dan mahkamah menentukan.

Cuma yang sedang heboh di Pulau Pinang ketika ini, menurut sumber, tidak sekadar isu bang­lonya tetapi lebih besar lagi dikatakan ramai yang mahu Guan Eng pergi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...