DEMI ANAK & KRONI, MAHATHIR
SANGGUP UPAH AMERIKA? DULU
BAYAR USD1.2 JUTA KEPADA JACK ABRAMOFF KINI HANTAR TEAM KE US BAYAR JABATAN KEHAKIMAN AS?
[Raja Petra sendiri mengaku apa yang dilakukan Anwar dan dia
dibayar tidak sampai RM1juta untuk membuat bising].
Raja Petra Kamaruddin dalam entry terbarunya di MalaysiaToday
berkata kes saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika terhadap beberapa nama yang
dikaitkan dengan IMDB janganlah merasa teruja. Katanya diam pernah melihat
keterujaan seperti ini tidak lama dahulu yang kemudiannya mati dengan begitu
sahaja.
Contohnya kononnya kes mahkamah di Perancis. Ia diwar-warkan sebagai
perbicaraan terbuka mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibbu tetapi hanyalah
kes tertutup dalam kamar beberapa individu yang dikaitkan dengan rasuah kapal
selam. Katanya dia tertipu.
Kata RPK lagi . Episod terbaru AS adalah hampir serupa dengan apa
yang mereka percayai tentang perbicaraan di Perancis. Dan setelah menonton
video sidang media itu semalam, ia kelihatan seperti Jabatan Kehakiman US
berbicara lebih tentang syak wasangka dan bukannya berdasarkan fakta yang telah
dibuktikan.
RPK juga mengaku apa yang pernah dilakukan di Perancis serta yang
diarahkan Anwar Ibrahim kepadanya adalah sama dengan Kaedah yang dilakukan di
AS. Akhirnya tiada yang berlaku hanya membuat bising. Raja Petra mengaku apa
yang dilakukan untuk Anwar dan dia dibayar tidak sampai RM1juta. Jika beliau diberi
beberapa juta tentu dia boleh melakukan lebih baik dari orang lain!
Apakah yang berlaku sekarang? Ia tidak lebih dari aduan oleh ANC
(Anti-Najib Campaign). Digerakkan oleh Dato Khairuddin, Sarawak Report dan WSJ.
Tidak hairan untuk seorang bernama Mahathir yang sanggup melakukan apa sahaja
demi anak dan kroni-kroninya.
Kita boleh melihat sendiri bagaimana Mahathir
boleh bersekongkol dengan musuh ketatnya Lim Kit Siang DAP dan rakan-rakan
pembangkang. Berkempen dengan pembangkang di PRK. Sepanjang 22 tahun memusuhi
media US seperti WSJ tetapi akhirnya menjadi rujukan untuknya. Ia semata-mata
kerana misi Anti Najibnya.
Rakyat perlu tahu sisi jahat Mahathir dan sikapnya sanggup
melakukan apa sahaja. Apakah kita lupa semasa beliau menjadi PM sehingga
sanggup membayar AS$1.2 juta (RM4.4 juta) kepada pelobi, Jack Abramoff untuk
mengatur pertemuan Mahathir dengan Presiden George W. Bush pada tahun 2002.
Ini
disahkan oleh kedutaan Malaysia di AS. Malah Pengesahan bayaran tersebut
dinyatakan dalam laporan akhir Jawatankuasa Senat mengenai Hal Ehwal Pribumi
Amerika yang dikeluarkan tahun tersebut. Bukan main lagi pembangkang ketika itu
mendedahkan dana ini.
Apa Mahathir peduli siapa Jack Abramoff yang dia berurusan yang
penting dia bertemu George Bush. Jack Abramoff pelobi yang telah dihukum
penjara lima tahun 10 bulan oleh mahkamah Amerika pada Mac 2012 setelah
didapati bersalah menipu masyarakat Indian (pribumi Amerika) dalam beberapa
projek pembinaan tempat perjudian.
Menjadi lumrah ketika itu apa sahaja yang dilakukan Mahathir
disokong oleh penyokongnya. walaupun dana rakyat yang dibayar kepada Jack
Abramoff dibuat empat bayaran - AS$300,000 setiap satu pada 29 Jun 2001, 5
Oktober 2001, 3 Januari 2002 dan 13 Mac 2002,". Anda boleh menyemak Dr Fauziah
Mohamad Taib, yang merupakan timbalan ketua perwakilan Kedutaan Malaysia di
Washington ketika itu.
Apa yang berlaku hari ini adalah usaha Mahathir melakukan serangan
menjatuh kerajaan dengan menggunakan "kabel" yang dia ada. Walaupun
tidak berjaya tetapi mencipta persepsi memandangkan rakyat Malaysia bukan semua
mengetahui undang-undang dan apa itu Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS itu.
Tidak mustahil Mahathir dan kroni taikun yang kaya zamannya membayar kos diluar
negara untuk laporan serta aduan ke Jabatan Kehakiman AS. Itulah Mahathir. Dato
Khairuddin (Macai) pelapor yang diisytihar muflis pun bebas dari muflis serta
merta. Siapa yang bayar?
Yang pasti Mahathir dan Team Protungnya akan terus gagal. Peguam
Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan, tiada bukti dari mana-mana agensi
penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan dari syarikat 1MDB. Tiada
sebarang tuduhan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu yang berkaitan
dengan penyelewangan dana dari 1MDB. Lebih penting.
"Peguam Negara ingin menjelaskan tiada dalam tuntutan fail
oleh DOJ AS yang menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa
melakukan sebarang salah laku,"
#Nota: Macam-macam dah Mahathir dan ProTung lakukan
termasuk Deklarasi Rakyat yang gagal! PRN Sarawak tewas, PRK Kuala Kangsar dan
Sg Besar kalah teruk! Sekarang mereka pertaruhkan Saman Mahkamah Sivil Jabatan
Kehakiman AS.
Sumber: CaptainM, Raja Petra