Ketika Captain M mendedahkan rasuah
Zuraida pada 16 dan 19 Jun lalu Zuraida Kamaruddin MP Ampang memberi respon mencabar
Captain M untuk tampil ke depan sebagai "anak jantan". Kenyataan
media Zuraida turut dikongsi oleh pelbagai portal seperti Ismaweb, BNBBC, dan
blog-blog. KLIK DISINI
Zuraida memperlekeh Pendedahan Captain M. “Saya tak faham khabar angin
seperti itu. Kalau dia anak jantan, dia berani, sila datang kemukakan bukti.
“Saya tak nak rendahkan martabat saya
melayan orang-orang yang buat cerita dan fakta tak betul,” katanya ketika
dihubungi Sinar Online, hari ini.
Ia disusuli Pendedahan blog masterdedah.com KLIK DISINI mengenai 9 buah kenderaan
milik Zuraida majoritinya kenderaan
mewah. sehinggalah kes Zuraida mendapat hadiah kenderaan Mercedes dari
sebuah syarikat berpendapatan RM4.6 juta setahun. KLIK DISINI
Begitu juga laporan pendedahan turut
dikongsi oleh Portal Raja
Petra Kamaruddin dalam Malaysia Today. KLIK DISINI
9 Julai lalu Che'GuBARD, Presiden Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) membuat kenyataan terbuka mengenai Zuraida Kamaruddin. Katanya;
"Sebelum Umno dan Barisan Nasional
menggunakan perkara ini sebagai modal politik khususnya menjelang pilihanraya
nanti maka sewajarnya Zuraidah sendiri tampil memberikan penjelasan berkenaan
perkara ini. Kita sering menyerang pimpinan Umno Bn dengan perbagai serangan
khususnya bab pemilikan harta peribadi maka sewajarnya pimpinan kita bukan
sahaja harus bersih tetapi harus dilihat bersih. Zuraida wajib tampil membuat
penjelasan dan SAMM sendiri akan bersama menyebarkan penjelasan beliau jika
beliau tampil memberi penjelasan terperinci."
Pendedahan CheGuBARD turut disiarkan
dalam TV3. KLIK DISINIj…
Terbaru Tan Sri Noh Omar Pengerusi
Perhubungan BN Selangor ketika ditanya mengenai kes Zuraida di Selangor, beliau
menjawab "Konspirasi
babit Zuraida Bukan Kerja BN". Kenapa
BN dan UMNO yang dituduh aniaya mereka".
11 Julai – Ketua Wanita UMNO bahagian
Ampang, Datuk Dr Rozaidah Talib melahirkan perasaan terkejut dengan sikap yang ditunjukkan
Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang sehingga hari ini masih
`menyepikan diri’ dari menjawab dakwaan memiliki sembilan buah kenderaan mewah
termasuk sebuah kereta jenama Mercedes Benz S280 yang didaftarkan di bawah nama
sebuah syarikat. Ujarnya, semua sedia maklum dengan karektor Zuraidah yang juga
Timbalan Pengerusi PKR negeri Selangor yang agak agresif selama ini, namun
masih tidak
menjawab isu kereta mewah beliau sebagaimana dakwaan
dari pimpinan PKR itu sendiri. KLIK DISINI
Apa selepas ini? seperti kata CheGuBARD
"Isu
pemilikan kenderaan dalam jumlah
agak luar biasa ini sudah lebih sebulan tersebar namun agak pelik
juga agensi seperti SPRM yang sebelum ini kelihatan agresif menyerang pimpinan pembangkang
kelihatan senyap dalam perkara melibatkan
pimpinan - pimpinan berkait rapat dengan Azmin."