Sebelum
pengumuman pelantikan KP SPRM yang baru pada 29 Julai 2016 desas-desus pegawai SPRM pro Shukri dan Bahri meletak
jawatan sudah didengari. Mengapa agaknya? takut pegawai dari luar? Atau
legasi bakal berakhir.
Admin
dapat sumber sahih Datuk Bahri Mohd Zin rupanya melobi untuk menjadi KP SPRM. Nampak
usaha itu tidak berjaya. Admin
sejak dua bulan lalu sudah mendedahkan bakal KP
SPRM adalah Datuk Dzulkifli Ahmad seorang Peguam dari pejabat Peguam Negara
yang punya kepakaran dalam pendakwaan kes.
Tentunya
kehadiran Dzulkifli memberi nafas baru kepada SPRM yang selama ini lembap dalam
bidang pendakwaan. Terkeluarnya Abu Kassim, Shukri bermakna Team A dan Team B serta
puak puak dalam SPRM bakal berakhir. Yang tinggal hanyalah Datuk Bahri Mohd Zin
Pengarah Operasi Khas.
Dzulkifli
pastinya akan memasukkan orang yang sesuai untuk TKP Operasi dan Pencegahan.
Pastinya juga beliau akan merombak beberapa bahagian agar berfungsi mengikut
arahannya. Beliau juga perlu membuang
segala duri dalam daging di SPRM.
Ini yang
ditakuti oleh puak puak Shukri dan Bahri.
Beranikah para pegawai SPRM meletak
jawatan? tentunya pemantauan dilakukan khususnya
bagi mengelakkan dokumen-dokumen dibawa lari oleh mereka.
Sama-sama
melihat apa drama seterusnya.
Sumber: CaptainM