Taktik Zuraida sudah
dijangka beliau tidak mungkin mengaku kenderaaan kesembilan BNT 9138 milik
syarikat Hanspec Sdn Bhd sebagaimana pendedahan sebelum ini.
Namun
Zuraida mengaku jua 8 kenderaan yang
didedahkan adalah miliknya. Ketika TV3 mendedahkannya Zuraida sudah bersedia
untuk menafikan memandangkan kereta berkenaan tidak didaftarkan atas nama
Zuraida berbanding kenderaan lain termasuk 4 kenderaan mewahnya.
Persoalan
TV3 dan CheguBard Apa yang mendorong Hanspec (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang
mempunyai nilai aset syarikat RM 2,707,401 juta dan pendapatan tahunan RM
4,659, 944 juta ini menghadiahkan kereta Mercedes Benz S280 kepada Zuraida? Apa
hubungan Zuraida dengan "taukeh" Hanspecs pasti tidak akan berjawab
memandangkan secara teknikal Zuraida boleh menyembunyikan Mercedes berkenaan.
Semakan
menunjukkkan tuduhan Zuraida memiliki kenderaan Mercedes Benz milik
"taukeh" bukanlah kali pertama. Malah pernah menjadi isu pada
25.11.2012 apabila Zuraida menghadiri program di Ampang iaitu penyampaian
sumbangan deepavali di Dewan Flat Ahmad Razali Ampang dan dialog dengan
penduduk Ukay Perdana di Hotel Flamingo.
Pergerakan Zuraida pada hari itu
menggunakan sebuah kereta Mercedes Benz E200 CGI nombor pendaftaran WTP 1970
milik syarikat Automated Contactless Systems Sdn Bhd. Jadi apa yang berlaku
pada tahun 2016 terhadap Syarikat Hanspec Sdn Bhd hanyalah sekadar tayangan
semula.
Persoalan
sama mengapa Zuraida menggunakan kenderaan yang disediakan oleh sebuah syarikat
? Ada udang sebalik batu?. Jika Zuraida boleh terselamat dari SPRM dengan
kenderaan Mercedes BenZ menggunakan kenderaan pendaftaran WTP 1970, 2012 kenapa
pulak kali ini Zuraida tidak boleh terselamat melalui Hanspec Sdn Bhd?
Bermakna
apa yang dinafi Zuraida adalah perkara biasa dia lakukan sejak 2012 lagi.
Selepas isu ini Zuraida akan mengulangi semula. Kemudian menyembunyikan semula
kenderaannya. Apa kenderaan mewah selepas ini?
Sumber: CaptainM