Untuk
menjustifikasikan tindakannya menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu
1MDB dan dana RM 2.6 billion, Mahathir menjadikan alasan pemimpin yang terbabit rasuah tidak wajar
menjadi Perdana Menteri.
Ini soal prinsip katanya, bukan
peribadi.
Begitu
juga ketika keluar dari UMNO, pun
alasannya kerana Mahathir tidak
mahu berada
dalam parti yang dipimpin seorang
'perasuah' seperti Najib.
Walhal
setelah siasatan dijalankan, tidak ada bukti sama sekali yang menunjukkan Najib
ini terlibat dengan rasuah atau penyelewengan tapi bukan Mahathir peduli, dia
percaya apa yang dia nak percaya saja.
Sebaliknya Mahathir mengadakan kerjasama dengan parti seperti DAP dan
orang seperti Guan
Eng yang pada pandangannya tidak rasuah dan bersih segala segi.
Tapi
sekarang, bila Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah kerana dakwaan rasuah dan
seluruh parti DAP itu sendiri mempertahankan
tertuduh rasuah ini dengan tidak berbelah bahagi, apa pulak pandangan
Mahathir?
Kalau
isunya prinsip, Mahathir dah putuskan hubungan dengan DAP dan Guan Eng.
Anehnya, jangan kata putuskan hubungan atau desak Guan Eng letak jawatan,
sampai sekarang Mahathir tidak bagi walau sepatah komen pun atas kes tersebut.
Apakah
rakyat Pulau Pinang tidak ada di hati Mahathir?
Jadi
selamat untuk dikatakan disini, soal prinsip bukan alasan utama kenapa Mahathir
menyerang Najib, ia lebih kepada masalah peribadi - nak anak sendiri jadi
Perdana Menteri.
Kalau
soalnya prinsip, dah berkajang Guan Eng kena kutuk dengan Mahathir, tapi sebab
tak, maka dia diam bodoh macam sekarang sajalah.
Sumber: Balqis Sheikh
Sumber: Balqis Sheikh