Translate

31/05/2016

Isu RUU: Ridhuan Tee keluar MCA, LIONG DAN SUBRAMANIAM BILA LAGI ??

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah mengumumkan keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan pemimpin parti itu terhadap cadangan (Rang Undang-Undang) RUU.

“Saya mengisytiharkan keluar daripada MCA. Jika dulu saya berhempas pulas mahu menyertai parti ini walaupun mengambil masa empat tahun untuk lulus atas tujuan dakwah dan tidak mahu dikatakan masuk Melayu.

“Tetapi, sangkaan saya meleset apabila parti ini sangat perkauman dan menjadi musuh Islam. Siapa memusuhi Islam, dia adalah musuh saya juga. Saya tidak mahu menanggung dosa berada di dalam parti yang menjadi musuh Islam.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Tambah Ridhuan yang merupakan ahli MCA sejak tahun 2000, tindakan itu dilakukan kerana parti itu menunjukkan sikap memusuhi Islam. -SuaraTV

30/05/2016

RAFIZI AKAN DIPECAT DARIPADA PKR

Rafizi serah maklumat kepada SPRM dakwaan Rasuah kerajaan Selangor

PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini membuat laporan mengenai dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya telah serahkan maklumat yang saya ada setakat ini mengenai aduan-aduan yang diberikan kepada saya bersabit dengan pentadbiran kerajaan Selangor dan individu tetentu.

"Saya tidak boleh memberikan maklumat secara terperinci kerana ia menyalahi undang-undang (kerana terikat dengan Akta SPRM).

29/05/2016

LIM GUAN ENG SEDAYA UPAYA UNTUK MEMISKINKAN ORANG MELAYU

Lim Guan Eng menegaskan melalui tulisan di laman blognya bahawa kerajaan negeri P.Pinang telah membuat keputusan sewaktu sidang DUN bahawa mereka tidak akan membenarkan 1MDB menjalankan sebarang aktiviti di atas TANAH MILIK 1MDB sehingga segala isu 1MDB diselesaikan... tanah seluas 234 ekar yang terletak di Ayer Itam, P. Pinang ini dibeli dengan harga sekitar RM1.3 b.

Sememangnya, kerajaan persekutuan melalui 1MDB sudah mempunyai perancangan tersendiri ke atas tanah tersebut... LGE tentunya sangat risau apabila mengetahui pembangunan yang dirancang oleh 1MDB di situ, maka kemelut yang melanda 1MDB dipergunakan sebaik mungkin untuk menghalang rancangan 1MDB ini...

28/05/2016

Alasan Liow Tiong Lai Nak Letak Jawatan Dan Sertai DAP

KUALA LUMPUR: Saya akan meletak jawatan daripada Kabinet jika Rang Undang-Undang Persendiraan PAS (RUU) diluluskan di Parlimen, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Saya cuba untuk menghentikannya. Saya cuba mendapatkan semua parti komponen untuk menghentikannya. Saya menggesa kedua-dua belah pihak agar bersama menyekat Rang Undang-Undang ini.

"Jadi, jika kita tidak boleh melakukannya, kita perlu berkorban. Saya akan letak jawatan.

"Kamu tahu, tidak ada gunanya saya berada di sini. Saya perlu memastikan perkara ini.

"Saya terlintas untuk memberitahu perkara ini pada sidang media semalam (Jumaat), " jelas Liow kepada The Star.

27/05/2016

YDPA Tak Dalam 'Tahanan", Mahathir Yang Patut 'Dikandangkan'

DYMM Yang Dipertuan Agung dilihat menghadiri Anugerah Sukan Negara bersama-sama Perdana Menteri Najib Razak di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Seterusnya menafikan dakwaan Mahathir sebelum ini bahawa baginda berada dalam tahanan rumah dan dengan itu tidak dapat menyerahkan 'berjuta-juta' tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat yang diusahakannya.

Yang sudah pasti, kehadiran ini bermaksud Mahathir penipu, yang belum pasti, dakwaan berjuta tandatangan itu adalah satu pembohongan, takde banyak mana seperti yang dicakap pun, sebab itu tak boleh nak bawak berjumpa.

26/05/2016

Rafizi Lebih Handal Dari Mahathir Kalau Langkah Kajang 2 Berjaya

Tanpa sedar, Rafizi sedang meletak dirinya hampir setaraf dengan Mahathir dari segi menukar pemimpin sedia ada apabila Langkah Kajangnya sebelum ini berjaya memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Cuma keputusan akhir Langkah Kajang yang digerakkan Rafizi, tidak menjadi seperti yang diharapkan bila Wan Azizah tidak berjaya menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, sebaliknya Azmin Ali pulak yang tak pasal merasa.

Apa pun kira dahsyatlah Rafizi tu - budak yang dikira mentah berbanding Mahathir yang dikaitkan dengan perletakkan jawatan 3 Perdana Menteri dari 6 yang kita pernah/masih ada.

25/05/2016

SHAMSUL ISKANDAR DERHAKA KEPADA PARTI KETEPIKAN SARANAN ANWAR

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin menegaskan kehadirannya dalam pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini sebagai mewakili ahli-ahli Parlimen PKR yang lain.

Menurutnya, kehadirannya itu tidak perlu dispekulasikan meskipun terdapat surat peringatan dari penjara ditulis bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar, baru-baru ini.

"Pertemuan hari ini adalah hasrat Tun Mahathir yang mahu bertemu dengan ahli Parlimen pembangkang. Tentunya kehadiran saya untuk mewakili rakan-rakan ahli Parlimen PKR kerana Pas hadir, DAP juga hadir dan Amanah juga hadir.

"Saya fikir tidak perlu spekulasi perkara ini. Tidak perlu panjangkan kerana kita sentiasa tahu, obor reformasi itu bagi kita...bagi saya bermula dengan gerakan reformasi 1998," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media bersama Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

24/05/2016

KENAPA YAB PM MENGEKALKAN YAB HAJI AHMAD RAZIF SEBAGAI MB TERENGGANU ?

MENJAWAB PERSOALAN RAKYAT ialah perkara yang paling WAJIB dibuat oleh mana2 pemimpin kerajaan. Setiap persoalan rakyat wajib dijawab supaya tidak timbul sebarang persepsi negatif terhadap pemimpin2 kerajaan. 

Setiap kemusayakilan rakyat perlu diperjelaskan agar rakyat yakin dengan kepimpinan kerajaan. Bila rakyat yakin barulah rakyat akan teruskan sokongan kepada pemimpin kerajaan. Kalau keyakinan rakyat dah hilang alamatnya tak lama la pemimpin tu akan hilang jawatan dan gelaran sebagai pemimpin.

Contoh persoalan yang kini menjadi kemusayakilan rakyat tetapi tak diberi penjelasan terperinci dan jelas kepada rakyat ialah berlaku di Negeri Terengganu sekarang ini. Persoalan rakyat itu adalah seperti dibawah:

KENAPA YAB PM MENGEKALKAN YAB HAJI AHMAD RAZIF SEBAGAI MB TERENGGANU SEDANGKAN SULTAN TELAH MENARIK SEMUA PINGAT DAN GELARAN YANG DIBERI KEPADA BELIAU?

22/05/2016

Cukai Online: KJ Bercakap Ikut Sedap Mulut

KJ Menteri Bodoh Serba Serbi

Seorang pegawai LHDN hari ini mengesahkan bahawa cukai terhadap peniaga online yang mendapat bantahan Pemuda UMNO yang diketuai KJ, sebenarnya telah lama dilaksanakan.

Menurut pegawai berkenaan kepada Utusan Malaysia, pekeliling mengenainya telah pun dikeluarkan pada tahun 2013!! Bukan benda baru, macam mana KJ tidak tahu?

Ini masalah bila lahir dan membesar di luar negara, bila balik langgar belakang kereta dan jadi menantu Perdana Menteri. Segalanya macam disediakan, yang dia sendiri tak payah buat apa-apa untuk berjaya, cukup guna kerturunan, keturunan bini pulak tu, bukan dianya pun.

20/05/2016

Jenis Manusia Terdesak Akan Bertindak Melawan Arus Inilah Dia Mahathir

Dulu kami PMIM telah cuba sedaya upaya untuk mendamaikan Tun M dan DSN. Tetapi segalanya menemui jalan buntu.

Tun M amat keterlaluan, tindakannya begitu jauh tersasar dari landasan kebenaran. Sanggup bersekongkol dengan musuh Islam dan berpihak kepada pembangkang DAP akhirnya beliau menjadi pengkhianat bangsa yang amat dibenci oleh rakyat khususnya bangsa Melayu islam kita ini.

Walau bagaimana pun kami hamba Allah yang serba kekurangan masih berdoa kepada ALLAH SWT, semoga Tun M kembali ke pangkal jalan ke arah yang diredhai ALLAH dan menuju Perdamaian bersama kepimpinan yang kita hormati Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Tetapi jika sekiranya beliau masih tetap dengan pendiriannya sekarang. Kita tidak mampu untuk menghalangNya. Apa yang kita mampu hanyalah menyerahkan segalanya ini kepada ALLAH SWT. Allahuakbar.

Antara Komen-Komen:
AnA
Bro Aziz Jenis manusia yg terdesak akan bertindak melawan arus dan sentiasa bertindak utk menarik perhatian kerana merasakan diri sendiri sahaja yg betul . Dia sedar kerosakan dan kesan kpd tindakan yg dia ambil tetapi atas dasar matlamat dia menghalalkan cara dia bertindak demi kepentingan politik peribadi maka dia bertindakan di luar kerangka kewarasan berfikir dan bertindak sbg manusia yg normal . Dasar pentualang kpd perjuangan bangsa agama dan tanahair. AMAT JIJIK DAN DAYUS.

19/05/2016

MAHATHIR TAK GUNA KEPALA OTAK, DAH TAHU BUAT JUGAK !!!

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak mustahil masih wujud perasaan dendam antara dirinya dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mereka bersama menerajui negara.

Bagaimana pun, katanya, tuduhan Anwar mendakwa beliau menggunakan pentas Deklarasi Rakyat sebagai membalas dendam adalah tidak tepat.

“Memang la, dia (Anwar) pun dendam pada saya. Sama-sama berdendam,” katanya, ketika ditemui, selepas hadir pada majlis perasmian Dewan Centennial Sultan Abdul Halim, di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) disempurnakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.  

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

18/05/2016

Sikap Kotor Mahathir: Kerjanya Hanya Hijack Hak Orang

Surat Anwar Ibrahim yang didakwa dibaca dalam satu mesyuarat biro politik PKR kelmarin, jika benar, menyerlahkan kebimbangan pengasas PKR tersebut atas pembabitan beberapa orang kuat parti itu dengan musuh tradisinya Mahathir.

Orang macam Azmin dan beberapa yang lain.

Ada kata itu surat betul, ada yang nafi tapi berdasarkan apa yang tersebar di Whatsapp, itu memang gaya Anwar.

Dengan anggapan surat itu adalah betul, nampak sangat Anwar bimbang peranannya dihijack Mahathir. Mahathir, seperti yang kita semua tahu, memang suka hijack benda yang orang dah buat elok sejak dulu lagi.

17/05/2016

Deklarasi Rakyat Adalah Deklarasi Elit Atau Deklarasi Cetek Dan Cacat

NIAT JAHAT MADEY MEMECAHBELAH PH SEMAKIN BERHASIL

KUALA LUMPUR - Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa sebaliknya membawa perpecahan kepada Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berkata, ini terbukti apabila Deklarasi Rakyat yang disertai oleh pemimpin Pakatan Harapan telah menyebabkan parti-parti pembangkang dalam PH berpecah belah.

"Deklarasi Rakyat bukan Deklarasi Rakyat sebaliknya Deklarasi Elit ia deklarasi cetek dan cacat...kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad  memecahkan kita di mana seorang didaktor diangkat oleh rakyat mana logiknya.

16/05/2016

#HEBAT & PANAS: KEJOHANAN BOXING SEDUNIA DI MALAYSIA JANGAN LEPAS PELUANG !!!!

Nazri perlu berdepan dengan saya

NILAI - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan tidak akan berdiam diri apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bertumbuk.

Katanya, selaku anak kepada bekas Perdana Menteri keempat itu, beliau  bersedia bersemuka dengan pemimpin berkenaan.

"Saya sebagai anak jantan Tun M akan berdepan dengan beliau. Kalau beliau berani hendak bertumbuk, mari jumpa dengan kita dulu. Ingat senang-senang.

15/05/2016

PRESTASI NEGARAWAN MADEY TERUS MERUDUM

SHAH ALAM: Kelantangan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan terhadap pembangkang dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak akan datang disebabkan keengganan beliau menerima hakikat prestasi Umno-Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak semakin baik.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz sikap terbuka mantan perdana menteri itu bermusuhan dengan parti yang pernah dipimpinnya adalah tidak rasional. 

"Dah banyak perkara yang beliau buat tak masuk akal, buat apa nak pertikai lagi. 

"(Tun M) Sengaja cetuskan (keadaan) itu supaya tidak mahu melihat prestasi PM yang mana rakyat hari ini membuktikan (sokongan) di PRN Sarawak.

09/05/2016

Mahathir Punca DAP Kalah Teruk Di ‪#‎PRNSarawak

Geopolitik Sarawak sejak 2011 sebenarnya tidak banyak berubah. Sekalipun berlaku perubahan pucuk pimpinan negeri apabila Tan Sri Mahmud Taib melepaskan jawatan Ketua Menteri kepada Tan Sri Adenan Satim pada 2014, kalau ada swing pun, tak berapa banyak.

Pengundi Cina dan sebahagian orang Dayak masih menyokong kuat DAP dan tidak hairan kenapa DAP dengan berani bertanding 31 kerusi berbanding 15 pada tahun 2011.

Tapi apakah yang menyebabkan DAP hilang begitu banyak kerusi dalam pilihanraya negeri berakhir Sabtu lepas?

Sebetulnya, sejak Mahathir bekerjasama dengan DAP ini, keyakinan rakyat terutama di kalangan orang cina terhadap DAP, semakin berubah. Sikit sikit putar belit sana sini boleh terima, tapi bab berbaik-baik dengan Mahathir, itu sudah lebih.

08/05/2016

PARTI AMANAH NEGARA DIBUBARKAN ???

PRN Sarawak: PAS, PAN tewas disemua kerusi

SHAH ALAM: PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) masing-masing tewas di semua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Kami tewas di semua 11 kerusi", Setiausaha PAS Mukhtar Suhaili memberitahu pemberita. 

11 kerusi itu adalah Samariang, Pantai Damai, Muara Kuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Benteng Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

07/05/2016

Ahmad Bashah Menerajui Pasukan Yang Bersifat Seperti Kebudak-Budakan

AHMAD BASHAH TAK CERDIK DARI SEGI BOLA SEPAK….

PENGASAS D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memaklumkan bahawa pihaknya tidak bercadang untuk menaja mana-mana pasukan bola sepak buat masa ini.

Menurut beliau, selepas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tawaran tajaan bernilai RM30 juta olehnya baru-baru ini, pihaknya kini merasa terkilan untuk menaja mana-mana pasukan bola selepas ini.

"Mungkin ada hikmah dan saya hendak bertenang dahulu. Saya dah kena cerai dengan Kedah, masih dalam tempoh iddah dan tak fikir lagi buat masa ini," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Wisma D'Herbs Kota Damansara semalam.

06/05/2016

Lelaki Gila Seks Dibelasah Wanita Beramai-Ramai Dalam Bas

Video lihat dibawah
INI makannya! Seorang lelaki menerima pembalasan setimpal apabila dibelasah penumpang wanita selepas melakukan gangguan seksual di dalam bas.

Kejadian yang berlaku di wilayah Kocaeli, Turki pada 28 April lalu itu, tercetus apabila lelaki tersebut bertindak menayangkan zakarnya kepada seorang wanita yang berdiri di hadapannya ketika berada dalam bas.
Mangsa yang jijik dengan perlakuan lelaki itu segera menjerit dan memukulnya sebelum disertai wanita-wanita lain di situ.

05/05/2016

SELAMATKAN MALAYSIA, KRONI ATAU KELUARGA?

1. Deretan koleksi kenderaan mewah milik Mokhzani Mahathir dikatakan benilai mencecah RM38 juta. Kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah syarikat senaraian di Bursa Malaysia berjumlah lebih dari 100 buah banyaknya. Semua orang tahu...

2. Ini belum lagi dihitung kepentingan dalam Sapura Kencana yang sudah dilepaskan pegangan saham serta kontrak berbilion carigali dari Petronas. Agaknya, berapa nilai kekayaan anak Tun M itu yang khabarnya tidak diizin berniaga ketika bapanya berjawatan PM. Itupun semua orang tahu...

3. Berbilion juta harta kekayaan milik Mirzan Mahathir usah dipertikaikan lagi. Konsortium Perdana miliknya dulu dikatakan pernah di'bail-out' berbilion ringgit oleh Petronas menggunakan wang rakyat, sehingga menimbulkan keretakan hubungan Anwar dan Mahathir semasa keduanya menjadi PM dan TPM. Ini juga ramai yang tahu...

04/05/2016

Benarkah Tun Mahathir Dan Keluarga Mempunyai Wang Simpanan Di ISRAELI NATIONAL OF BANK Yang Berjumlah USD142,300,000.00 Atau Bersamaan RM550 JUTA???

Pertama, tentunya rakyat ingin tahu samada fakta ini benar atau tidak memandangkan ianya melibatkan satu jumlah yg sangat besar... adakah dgn hanya pernah memegang jawatan sbg Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun M mampu mengumpulkan wang simpanan sebesar ini... ini baru simpanan di dalam sebuah bank, tentunya byk lagi bank di seluruh dunia yg bertanggungjawab menyimpan harta milik Tun M dan keluarga...
Kedua, rakyat juga tertanya-tanya, apakah kaitan Tun M dan keluarga dgn institusi perbankan di mana NEGARA ISRAEL mempunyai kepentingan ke atasnya? Bukankah Tun M adalah antara pemimpin negara Islam yg paling lantang menghentam Israel?
Terlalu byk yg Tun M lakukan hanya untuk jatuhkan DS Najib, tanpa Tun M sedar, banyak juga pekung milik Tun M yg hari ini semakin terbuka dgn sendirinya...
Catatan: facebook Jalaluddin Mohamed Ismnail

03/05/2016

BUSUKNYA HATI MAHATHIR TERSERLAH LAGI...WALAUPUN DAH HAMPIR......???

ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih sayangkan Umno, walaupun beliau bertindak meninggalkan parti itu baru-baru ini.

Menurutnya, beliau keluar daripada Umno kerana tidak suka dengan cara pentadbiran yang dilakukan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya bukan anti-Umno, saya anti-Najib. Selama ini negara kita, walaupun punyai berbilang kaum, parti lawan dan parti kerajaan, tapi pentadbiran boleh dijalankan dengan baik.

02/05/2016

Henti Polis Pengiring Mahathir Tindakan Tepat

"Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan tindakan tepat. Ia sepatutnya telah lama dilakukan," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaanm, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

Menurutnya, selama ini Dr Mahathir sendiri yang memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.

"Saya rasa tidak kena untuk kita berikan dia escort untuk dia ke tempat-tempat untuk menentang kerajaan yang memberikan dia kemudahan ini. Jadi saya kira keputusan ini sudah lama patut dilakukan tetapi kita harapkan dia akan sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya bukan atas kepentingan negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...