Geopolitik Sarawak sejak 2011
sebenarnya tidak banyak berubah. Sekalipun berlaku perubahan pucuk pimpinan
negeri apabila Tan Sri Mahmud Taib melepaskan jawatan Ketua Menteri kepada Tan
Sri Adenan Satim pada 2014, kalau ada swing pun, tak berapa banyak.
Pengundi Cina dan sebahagian orang
Dayak masih menyokong kuat DAP dan tidak hairan kenapa DAP dengan berani
bertanding 31 kerusi berbanding 15 pada tahun 2011.
Tapi apakah yang menyebabkan DAP hilang
begitu banyak kerusi dalam pilihanraya negeri berakhir Sabtu lepas?
Sebetulnya, sejak Mahathir bekerjasama
dengan DAP ini, keyakinan rakyat terutama di kalangan orang cina terhadap DAP,
semakin berubah. Sikit sikit putar belit sana sini boleh terima, tapi bab
berbaik-baik dengan Mahathir, itu sudah lebih.



