Dilaporkan semalam (atau kelmarin)
calon-calon DAP yang memulakan kempen mereka masing-masing, telah mengata PKR,
kononnya tidak layak untuk jadi kerajaan di Sarawak sebab macam hilang hala
tujuan (mungkin selepas Anwar masuk penjara).
Turut disebut ialah PKR ni hanya
mementingkan diri sendiri, tak sedar yang dia pun banyak ambil alih kawasan
kawan tu berbanding PRN 2011. Tapi tak kisahlah tu, yang penting sekarang belum apa-apa dah bertekak, belum menang lagi, tak
tahu kalau menang, berapa kali nak tukar Ketua Menteri entah la nanti tu.
Pening kepala Mahathir macam ini, belum
apa-apa dah bertekak pulak PKR dengan DAP. Mahathirlah sebab dia dikhabarkan
akan bantu kempen pembangkang di Sarawak, takkan dia nak bantu kempen BN, bukan
dia ahli UMNO pun.
Entah bagaimana Mahathir nak
menguruskan masalah antara kawan-kawan barunya ni. Dek Mahathir saja, PKR dah
terbelah dua, yang Presidennta tak sokong, Timbalan Presidn dan Setiausaha
Agung (juga Naib Presiden), sokong pulak.
Harap-harap jantung Mahathir tidak
bekerja terlalu keras memastikan kemenangan DAP dan PKR di Sarawak, takut-takut
gagal berfungsi sebelum masa.
Sumber: Balqis Sheikh