Geopolitik Sarawak sejak 2011
sebenarnya tidak banyak berubah. Sekalipun berlaku perubahan pucuk pimpinan
negeri apabila Tan Sri Mahmud Taib melepaskan jawatan Ketua Menteri kepada Tan
Sri Adenan Satim pada 2014, kalau ada swing pun, tak berapa banyak.
Pengundi Cina dan sebahagian orang
Dayak masih menyokong kuat DAP dan tidak hairan kenapa DAP dengan berani
bertanding 31 kerusi berbanding 15 pada tahun 2011.
Tapi apakah yang menyebabkan DAP hilang
begitu banyak kerusi dalam pilihanraya negeri berakhir Sabtu lepas?
Sebetulnya, sejak Mahathir bekerjasama
dengan DAP ini, keyakinan rakyat terutama di kalangan orang cina terhadap DAP,
semakin berubah. Sikit sikit putar belit sana sini boleh terima, tapi bab
berbaik-baik dengan Mahathir, itu sudah lebih.
Maka itu kita lihat peratusan keluar
mengundi di kalangan orang cina terutamanya begitu rendah sekali, mereka protes
dengan tidak keluar mengundi. Ada kawasan, peratusan keluar mengundi hanya
sekitar 52% sahaja, macam di Batu Kitang.
Jarang DAP mengalami kekalahan macam
ini, biasanya peratusan menang berbanding kerusi bertanding DAP adalah lebih
baik dari komponen lain dalam Pakatan Harapan. 2011 saja tengok, bertanding 15,
menang 12.
Ini bolej berlaku sebab kerjasama
antara Mahathir dan DAP. Mahathirlah puncanya DAP hilang banyak kerusi di
Sarawak kerana penyokongnya tak keluar rmengundi, nyaris tak hilang semua hari
itu.
Oleh yang demikian, berhentilah
menyalahkan pihak lain, salahkan Mahathir. Mahathir ni memang bawak suwey
dimana-mana pun kalau dia ada.
Sumber: Balqis Sheikh