Jangan Pertikai Langkah
Imigresen Halang Individu Masuki Sarawak - NGO
KOTA KINABALU,
30 April (Bernama) -- Pemimpin beberapa parti pembangkang tidak harus
mempertikai pengharaman beberapa individu untuk memasuki Sarawak.
Presiden Pakatan NGO pro Barisan Nasional Zulkarnain Mahdar berkata langkah kerajaan Sarawak itu bertujuan menghalang kemasukan anasir politik ekstrem.
Lagipun, hak itu selaras dengan peruntukan undang-undang semasa Sarawak dan Sabah memutuskan menyertai Persekutuan Malaysia dahulu, kata beliau.

"Tidak ada pihak yang seharusnya mempertikaikan kuasa tersebut termasuk Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zulkarnain walaupun rakyat Sarawak dan Sabah terdiri daripada pelbagai anutan agama dan budaya namun kedua-dua negeri berkenaan terkenal dengan budaya politik aman dan tenang.
Oleh itu mereka tidak seharusnya disogokkan dengan budaya politik ekstrem.-- BERNAMA