"Tindakan menghentikan pengiring
bermotosikal polis ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
merupakan tindakan tepat. Ia sepatutnya telah lama dilakukan," kata
Menteri Pelancongan dan Kebudayaanm, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari
ini.
Menurutnya, selama ini Dr Mahathir
sendiri yang memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat
bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.
"Saya rasa tidak kena untuk kita
berikan dia escort untuk dia ke tempat-tempat untuk menentang kerajaan yang
memberikan dia kemudahan ini. Jadi saya kira keputusan ini sudah lama patut
dilakukan tetapi kita harapkan dia akan sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya
bukan atas kepentingan negara.
"Tapi kalau dia terus juga saya
rasa sudah sampai masa...kita tidak mahu bertanggungjawab terhadap beliau kalau
beliau yang meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya. Dari segi logik kenapa
hendak bagi keistimewaan pada orang yang sebenarnya menentang kita balik. Kalau
beliau pilih untuk hendak bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk
bertumbuk dengan beliau bila-bila masa," katanya ketika ditemui media pada
Program Merakyatkan Seni Budaya: Nilai Murni Gotong-Royong di Sekolah
Kebangsaan Buntal, Pantai Damai, di sini.
Sebuah portal berita tempatan
melaporkan baru-baru ini bahawa polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua
pengiring ke atas Dr Mahathir berkuatkuasa 28 April lalu.
– Bernama