TINDAKAN ORANG KECEWA....
SHAH ALAM:
Bekas ahli DAP, Zulkifli Mohd. Noor menyifatkan tindakan bekas anggota Tentera
Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang kini menyertai DAP, tidak ubah seperti
'keluar mulut harimau, masuk mulut buaya'.
Jelasnya, tidak
kira parti mana sekalipun yang disertai oleh Zaidi, beliau akan tetap menjadi
alat kepada pembangkang terutamanya DAP dalam meraih undi kaum Melayu.
"Kalau
Mejar Zaidi ingat dia masuk DAP ataupun PAN dan PKR tidak ada bezanya. Orang
Melayu masuk DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) hanya tumpangan dan diperalatkan
sebagai 'wallpaper' sahaja.
"DAP tidak
boleh berkawan dengan sesiapa, parti yang kita tahu chauvinis, rasis, kapitalis
semuanya ada pada dia. Dalam Barisan Altenatif, dalam Pakatan Rakyat semuanya
gagal," katanya kepada Antarapos.
Zaidi sebelum
ini menyertai PAS, kemudian menyertai Parti Amanah Negara (PAN) tahun lalu
selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti Islam itu.
Kemasukan Zaidi
ke dalam parti yang didominasi kaum Cina itu diumumkan Pengerusi DAP negeri
Chow Kon Yeow di Pulau Pinang hari ini.
Bekas anggota
tentera itu mula mendapat perhatian selepas membuat laporan polis terhadap
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa pilihan raya
umum ke-13 pada tahun 2013.
Malah Presiden
Parti Alternatif Rakyat (PAP) itu turut menyifatkan DAP mahupun PAN hanya
memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin tertentu dan lari daripada agenda
sebenar.
"Orang
Melayu macam saya sudah berada dalam DAP lama, saya ingat ia perjuangan yang
betul bila kita kata DAP adalah demokratik, rupanya bila ambil alih sesebuah
kerajaan negeri atau berkuasa sahaja, dia bukan parti yang demokratik.
"Dia
bertentangan dengan perjuangan asal, inilah masalahnya orang Melayu tidak
sedar. Saya sedar bahawa bila berkuasa, 'ikan haruan sudah jadi ikan
keli'," katanya.
Beliau juga
tidak menolak perjuangan Zaidi kepada parti itu tidak akan membawa kebaikan
kepada orang Melayu.
"Kalau
(Mejar Zaidi) yang baru nak berjinak-jinak dengan politik maka dia akan
terumbang ambing di arena ini dan diperalatkan oleh pemimpin (DAP) yang tidak
ikhlas dan memperalatkan dia," kata Zulkifli lagi.
Zaidi dalam
kenyataannya berkata DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya dalam
memecahkan persepsi anti Melayu yang dihadapi DAP buat masa ini.
Sumber: KLIK SINI