Kata Mukhriz
kepada sebuah media antarabangsa beberapa hari yang lepas, dia tidak ada
cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Kita percaya, kenyataan ini dibuat
untuk menafikan persepsi ramai bahawa bapanya Mahathir menentang Datuk Sri
Najib kerana nak menjadikan dia sebagai Perdana Menteri.
Apa bodoh
penjelasan macam itu? Kalau Mukhriz tidak berminat nak jadi Perdana Menteri,
kenapa dia bertanding jawatan Naib Presiden tahun
2013 dulu? Kalau dia tidak berminat nak jadi Perdana Menteri kenapa dia
bersekongkol dengan Muhyiddin untuk menumbangkan Perdana Menteri?
Niat Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib
bukan rahsia, dia dah dedah semua dah.
Logiknya lagi, kenapa Mahathir bersusah
payah mencipta fitnah untuk memburukkan imej Najib kalau bukan untuk sesuatu
yang bersifat peribadi, iaitu meletakkan Mukhriz pada posisi untuk menjadi
Perdana Menteri sebagai menyambung legasinya?
Semua yang Mahathir perkatakan tentang
Najib setakat ini adalah fitnah semata-mata, rakyat tahu. Dari dakwaan konon RM
42 billion hilang sehingga kepada derma politik RM 2.6 billion yang mengambil
dari duit 1MDB, semua ini membuktikan Mahathir menipu.
Untuk apa Mahathir menipu pada skal
ini, suka-suka ke? Sudah tentu tidak. Menjatuhkan Najib, menaikkan Muhyiddin
dan meletakkan Mukhriz pada posisi yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri,
itulah yang sebenarnya.
Nak nafikan buat apa lagi?