Surat
Anwar Ibrahim yang didakwa dibaca dalam satu mesyuarat biro politik PKR
kelmarin, jika benar, menyerlahkan kebimbangan pengasas PKR tersebut atas
pembabitan beberapa orang kuat parti itu dengan musuh tradisinya Mahathir.
Orang macam Azmin dan beberapa yang lain.
Ada kata
itu surat betul, ada yang nafi tapi berdasarkan apa yang tersebar di Whatsapp,
itu memang gaya Anwar.
Dengan
anggapan surat itu adalah betul, nampak sangat Anwar bimbang peranannya dihijack
Mahathir. Mahathir, seperti yang kita semua tahu, memang suka hijack benda
yang orang dah buat elok sejak dulu lagi.
Dari
sebesar-besarnya perkara seperti UMNO diharamkan supaya Mahathir boleh tubuh
UMNO baru (dia sendiri sebagai ahli pertamanya) sehingga kepada sekecil-kecil
majlis seperti penganjuran program Nothing To Hide, itupun Mahathir
hijack juga untuk tunjuk macam dia berkuasa.
Ini
biasa. Dengan status Azmin sebagai bekas pegawai khas Mahathir, lagi mudah dia
jadi pengikut diktator tua itu kedudukan
Azmin dalam PKR dan kerajaan negeri Selangor pun goyah, jadi dia perlu cari
kuasa ketiga untuk kukuhkan kedudukkannya dan tak terperanjat kalau Mahathir
yang dipilih.
Mahathir memang tidak ada kekuatan
sendiri melainkan
apa yang sudah sedia ada tunggu untuk dia hijack saja - itu Mahathir.
Sumber: Balqis Sheikh