ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak mustahil
masih wujud perasaan dendam antara dirinya dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mereka bersama menerajui negara.
Bagaimana pun, katanya, tuduhan Anwar
mendakwa beliau menggunakan pentas Deklarasi Rakyat sebagai membalas dendam
adalah tidak tepat.
“Memang la,
dia (Anwar) pun dendam pada saya. Sama-sama berdendam,” katanya,
ketika ditemui, selepas hadir pada majlis perasmian Dewan Centennial Sultan
Abdul Halim, di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) disempurnakan Pengerusi Jemaah
Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku
Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk
Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Bagaimana pun, Mahathir enggan mengulas
lanjut berhubung surat berjudul ‘Warkah dari penjara’ oleh Anwar yang ditujukan
kepada pemimpin PKR menyentuh penglibatan pemimpin PKR dalam Deklarasi Rakyat,
diketuai Mahathir.
Dalam pada itu, Mahathir menafikan
dakwaan perpecahan kalangan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan
berpunca daripada Deklarasi Rakyat, sebaliknya menyifatkan parti pembangkang
sememangnya tidak pernah bersatu.
Sumber: Bersambung KLIK DISINI