KJ Menteri Bodoh Serba Serbi
Seorang
pegawai LHDN hari ini mengesahkan bahawa cukai terhadap peniaga online yang
mendapat bantahan Pemuda UMNO yang diketuai KJ, sebenarnya telah lama dilaksanakan.
Menurut
pegawai berkenaan kepada Utusan Malaysia, pekeliling mengenainya telah pun
dikeluarkan pada tahun 2013!! Bukan
benda baru, macam mana KJ tidak tahu?
Ini
masalah bila lahir dan membesar di luar negara, bila balik langgar belakang
kereta dan jadi menantu Perdana Menteri. Segalanya macam disediakan, yang dia
sendiri tak payah buat apa-apa untuk berjaya, cukup guna kerturunan, keturunan
bini pulak tu, bukan dianya pun.
Lain
kali sebelum tunjuk hero dengan membuat bantahan, kaji dulu sekeliling, awak tu
menteri, bukan budak pejabat - sekalipun dulu pernah jadi tukang hantar pasport
Anwar.
Tindakan
KJ membantah secara semborono cadangan untuk mengenakan cukai terhadap peniaga
online ini sebenarnya hanya memburukkan imej kerajaan. Ditengah-tengah persepsi
salah mengenai GST ini, tindakan KJ jelas tidak membantu, malah memburukkan
lagi imej, terutama imej Perdana Menteri.
Apa
benda pun dia mesti nak jadi jaguh, majoritinya bagi kenyataan yang melawan
arus.
Seolah-olah
Perdana Menteri dulu tak pernah perkenalkan apa jenis cukai, hanya Najib saja
yang perkenal cukai, GST dan lain-lain. Habis yang SST tu bukan cukai? Tinggal
lagi SST dulu tak nampak pada resit, GST nampak pada resit, itu saja beza,
cukai tetap kena cukai.
GST, GST
pun Sarawak menang jugak sebab cukai itu memang diguna balik untuk rakyat.
Patutnya KJ mempertahankan tindakan kerajaan mengutip cukai terhadap peniaga
ni, bukan bantah guna alasan bodoh!!
Sumber: Balqis Sheikh