Lim Guan
Eng menegaskan melalui tulisan di laman blognya bahawa kerajaan negeri P.Pinang
telah membuat keputusan sewaktu sidang DUN bahawa mereka tidak akan membenarkan
1MDB menjalankan sebarang aktiviti di atas TANAH MILIK 1MDB sehingga segala isu 1MDB diselesaikan... tanah seluas 234 ekar yang
terletak di Ayer Itam, P. Pinang ini dibeli dengan harga sekitar RM1.3 b.
Sememangnya, kerajaan persekutuan melalui 1MDB sudah mempunyai
perancangan tersendiri ke atas tanah tersebut... LGE tentunya sangat
risau apabila mengetahui pembangunan yang dirancang oleh 1MDB di situ, maka
kemelut yang melanda 1MDB dipergunakan sebaik mungkin untuk menghalang
rancangan 1MDB ini...
Sejak 2
penggal pentadbiran LGE, DAP sentiasa berusaha memperkukuhkan kekuatan mereka,
khususnya di kawasan pulau... hasilnya sudah dapat dilihat dlm PRU 13 lalu di
mana DAP memonopoli 90% parlimen dan DUN di kawasan
pulau, dengan majoriti yang sangat selesa... tinggal lagi Parlimen Balik Pulau
dan DUN2 di dalamnya yang berjaya dicuri oleh UMNO...
Untuk
mengimbangi hal ini, kerajaan persekutuan melalui 1MDB dan GLC2 yang lain
sentiasa mengintai peluang untuk memiliki aset2 tanah yang nak dijual, termasuk
tanah di Ayer Itam ini... rancangan 1MDB adalah untuk membangunkan kawasan
tersebut dengan rumah2 murah kos rendah dan rumah PPRT...
Dengan
cara ini sahaja maka orang Melayu dan bumiputera berpeluang memiliki rumah
sendiri di dalam kawasan pulau...
Bayangkan
dengan keluasan tanah 234 ekar, berapa banyak rumah murah yang dapat dibina...
dengan andaian bahawa sebahagian besar orang Melayu yang tinggal di situ menyokong UMNO BN, ia
mampu sedikit sebanyak memecah monopoli DAP, jika disusun dengan strategi yang
betul...
Dan
sudah tentu hal ini menjadi mimpi ngeri bagi Lim Guan Eng...
Coretan: Mamu Karapoley