Video lihat dibawah |
INI makannya! Seorang lelaki menerima pembalasan setimpal apabila dibelasah
penumpang wanita selepas melakukan gangguan seksual di dalam bas.
Kejadian yang berlaku di wilayah Kocaeli, Turki pada 28 April lalu itu, tercetus apabila lelaki tersebut bertindak menayangkan zakarnya kepada seorang wanita yang berdiri di hadapannya ketika berada dalam bas.
Mangsa yang
jijik dengan perlakuan lelaki itu segera menjerit dan memukulnya sebelum
disertai wanita-wanita lain di situ.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek
berdiri di celah-celah sekumpulan wanita di dalam bas tersebut sebelum
melakukan perbuatan tak bermoral.
Bagaimana
pun dia bertemu buku dengan ruas apabila dipukul, ditampar dan ditendang
oleh mangsa diikuti beberapa wanita lain yang naik minyak atas tindakan
lucahnya itu.
Keadaan tambah kecoh apabila suspek cuba melarikan diri sebaik
pintu bas terbuka namun berjaya ditahan salah seorang penumpang bas berkenaan.
Suspek dilaporkan telah ditahan untuk siasatan oleh pihak polis. –
MYNEWSHUB.CC