1. Deretan koleksi kenderaan mewah milik Mokhzani Mahathir dikatakan benilai mencecah
RM38 juta. Kedudukannya selaku Ahli Lembaga
Pengarah syarikat senaraian di Bursa Malaysia berjumlah lebih dari 100 buah banyaknya. Semua orang tahu...
2. Ini belum
lagi dihitung kepentingan dalam Sapura Kencana yang sudah dilepaskan pegangan saham
serta kontrak berbilion carigali dari
Petronas. Agaknya,
berapa nilai kekayaan anak Tun M itu yang khabarnya tidak diizin berniaga
ketika bapanya berjawatan PM. Itupun semua orang tahu...
3. Berbilion
juta harta kekayaan milik Mirzan Mahathir
usah dipertikaikan lagi. Konsortium Perdana miliknya
dulu dikatakan pernah di'bail-out' berbilion ringgit oleh Petronas menggunakan
wang rakyat, sehingga menimbulkan keretakan
hubungan Anwar dan Mahathir
semasa keduanya menjadi PM dan TPM. Ini juga ramai yang tahu...
4. 22 tahun atas nama penswastaan, hanya beberapa
syarikat terpilih untuk melaksanakan projek besar
berskala mega. YTL, Berjaya Group, Kumpulan Bukhary, Binariang, Ting Pek Khing,
UEM. Inilah kroni-kapitalisme. Di era itu
belum ada media sosial yang boleh menghebohkan agenda pakatan menfaraidkan
segala harta negara. Namun ia bukan lagi rahsia di zaman ini. Ia 'open secret' yang diketahui umum!
5. 1MDB muncul.
Semua syarikat geregasi 'peliharaan' Tun M itu
seakan diam menyepi.
Monopoli yang dikuasai selama ini seolah dipecahkan. Harta negara kini
dialirkan untuk nikmat semua usahawan, bukan hanya kepada dua tiga kerat suku
sakat yang kononnya dianggap pakar dalam segala.
6. Lantas bila BR1M diagihkan, Tun M mendakwa ia adalah
'dedak' dari Najib untuk
rakyat. Walhalm ianya adalah jaringan keselamatan sosial, bantuan langsung yang
masuk ke dalam isi rumah rakyat yang memerlukan. Tapi 'dedak' yang beliau tabur
pada syarikat kroni-kroninya itu tidak pula beliau sebut dipentas.
7. Walau sedikit
agihannya, namun meluas. Di anggar seramai 7 juta orang penerima paling tidak
merasa, mendapat nikmat yang diberi sama rata. Sekurang-kurangnya mereka tidak
perlu pening kepala memikirkan soal kos anak sekolah di awal tahun.
8. Segala perancangan Tun M menemui jalan buntu. Usaha politik 'dinasti', mengkayakan kroni dan menjaga kepentingan keluarga tersekat apabila Najib punyai pendekatan serta
gaya pimpinan tersendiri yang lebih holistik.
9. Tapi 1MDB pula dijadikan sasaran. Hasrat menaikkan
Muhyiddin sebagai 'transit' PM terbantut bagi membuka laluan untuk Mukhriz menjadi Menteri Perdana selanjutnya.
10. Muhyiddin
kerana ketidaksetiaannya menjadi 'api dalam sekam' dan
bagai 'gunting dalam lipatan', kemudian disingkirkan, maka
terputuslah 'talian hayat' Tun M dalam kabinet yang memalapkan impian peribadi.
11. Agenda besar untuk menobatkan
Mukhriz ke arus perdana kepimpinan
melalui jalan halus bermula 2013. Namun dengan takdir Allah, jawatan Naib Presiden yang ditandingi gagal dimenangi ketika itu.
12. Pada 2004,
tatkala Pak Lah mengemudi PRU ke-11, segala percaturan calon di Kedah dikemudi
Mahathir sendiri. Sekali lagi pada 2008, Tun M
menggunakan alasan BN
tewas di 5 negeri sebagai justifikasi untuk Pak
Lah berundur.
Meski dalam masa yang sama Pak Lah diasak agar
Mukhriz dilantik ke jawatan kabinet, walhal Khairy menantunya yang lebih menang bergaya dan berada di
puncak jawatan Ketua Pemuda tidak pula diberi laluan.
13. PRU 2013,
Tun M menggunakan formula yang sama. Najib diasak
agar Mukhriz dilantik kejawatan MB. Sungguh pun ketika itu 'Jeneral Perang' adalah Ahmad Bashah,
namun atas dasar akur dan patuh pada pucuk pimpinan, beliau sekali lagi redha
atas ketentuan Allah.
14. Tapi setelah 3 tahun tempoh diberi, Mukhriz lebih gemar bersantai dan bersenang
lenang dengan sikap politik glamour dan kendiri 'selfie'nya. Entah kurang
jelas, agenda pembangunan ekonomi, peluang untuk anak muda mahupun misi segar
yang boleh meletakkan Kedah setanding dengan negeri lain bagaikan kabur dari
pandangan.
15. Benarlah kata-kata hikmah, kebijaksanaan, kepimpinan dan iman tidak boleh diwarisi. Ianya
perlu digilap, dilatih dan tidak mudah datang dengan sendiri.
16. Tatkala gerak kerja UMNO Kedah juga lembap, sebaliknya segala harta dan hasil mahsul anak syarikat negeri dikatakan puas diagih sesama pegawai Mukhriz yang 21 orang jumlahnya. Walhal, ramai antara mereka
ini tidak pernah pun berbuat apa jasa pada Kedah, telahan lagi banyak yang
datang dari luar. Tapi Mukhriz terus mendabik dada, kononnya dia 'berjaya' di
Kedah.
17. Sehingga kini, tiada apa legasi yang boleh dibanggakan. Tidak setara sama sekali dengan
kepimpinan Osman Aroff, apatah lagi Syed Razak malah jauh lebih rendah
prestasinya berbanding jasa arwah Ustaz Azizan.
18. Lantas
apabila Mukhriz digantikan, dan Ahmad Bashah mengangkat sumpah selaku MB
tanggal 4 Februari Mukhriz kelihatan seperti orang "gila talak". Bara dendam di dada Mahathir pula
kelihatan kian parah.
19. Maka bermulalah gerakan 'Selamatkan Malaysia' acuan
nafus politik mereka. Deklarasi Mahathir-Kit Sang diuar-uarkan,
kononnya tanda solidariti menentang kepimpinan 'zalim' lagi 'menindas'.
20. Walhal, 22 tahun segala akta diperalatkan demi legasi
kuasa. Musuh-musuh politiknya ditalqin dan dikapan satu
persatu, walau
berpotensi. Anak-anak 'diktator' itu kaya-raya, mungkin 'berkat' menggunakan
alamat niaga menggunakan kepala surat Seri Perdana.
21. Kini mereka melolong dan menjerit
'Selamatkan Malaysia'?
Siapa yang mahu mereka 'selamatkan' sebenarnya? Keluarga mereka? Syarikat
kroni? Dinasti politik? Atau Malaysia yang kian hari terus makmur, stabil dan
berdaya saing.
22. Di saat
orang sedang memperkukuh agenda ekonomi dan memulihkan imej negara, mereka bersekongkol dengan pembangkang dan media asing durjana memperlekehkan
nama Malaysia di persada antarabangsa. Itukah yang dinamakan sebagai
'Selamatkan Malaysia'?
23. Kata dulang paku serpih, mengata
orang sebenarnya Mahathir dan anak-anaknya yang lebih.. Sudahlah..Dah Lama Daaaah...!!!
Sumber: Balqis Sheikh